KUALA TERENGGANU: Dua lelaki termasuk remaja 17 tahun ditahan selepas dipercayai mencederakan seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang menjalankan rondaan bersama tujuh lagi rakannya.
Insiden berlaku berhampiran Jambatan Angkat, di sini, kira-kira jam 11.30 malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, remaja terbabit dan seorang lagi suspek berusia 33 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini.
Katanya, ketika kejadian mangsa berusia 36 tahun sedang melakukan rondaan rasmi sebelum mengesan sekumpulan peniaga tidak berlesen.
Katanya mangsa bersama rakannya menghampiri kumpulan peniaga itu dan menasihati mereka untuk beredar.
"Berikutan itu berlaku pertengkaran mulut sebelum mangsa dikatakan diserang dan ditumbuk suspek yang juga merupakan ahli keluarga peniaga terbabit.
"Rakan sekerja mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu dengan membawa mangsa masuk ke dalam van bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Abdul Rahim berkata susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan di pipi serta kepala dan menerima rawatan pesakit luar.
Jelasnya kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.
Nur Fazlizai Ali
Tue Jul 19 2022

Siasatan polis mendapati berlaku pertengkaran mulut sebelum mangsa dipercayai diserang oleh suspek. - Gambar/ Media sosial

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kadar sewa Pasar Payang 1 dikekalkan
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memutuskan untuk mengekalkan kenaikan kadar sewa Pasar Payang 1 seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.

Projek pembangunan semula Pasar Payang siap sepenuhnya
Projek Pembangunan Semula Kompleks Pasar Payang di sini telah siap sepenuhnya dan hanya menunggu kelulusan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

Serang penguat kuasa dekat Jambatan Angkat Terengganu, 2 lelaki ditahan polis
Ketika kejadian mangsa berusia 36 tahun sedang melakukan rondaan rasmi sebelum mengesan sekumpulan peniaga tidak berlesen.

MBKT selenggara kolam terbiar di Dataran Shahbandar
Kolam yang sebelum ini pernah menjadi tarikan di kawasan rekreasi dan tumpuan awam itu telah dibersihkan pada 15 Jun lalu.

Tidak boleh berkumpul di semua taman awam negeri - MBKT
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengingatkan orang ramai supaya tidak berkumpul dan bersesak di semua taman awam negeri kerana dibimbangi mencetus kembali penularan wabak COVID-19.

Warga emas ditemukan mati di bangku hentian bas
Kejadian itu disedari seorang pemandu teksi yang kebetulan berada di lokasi kejadian kira-kira jam 6.30 petang.

Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

21 bazar Ramadan akan diwujudkan sekitar Kuala Terengganu
Sebanyak 21 bazar Ramadan akan dibuka di seluruh bandar Kuala Terengganu dan orang ramai yang ingin berniaga diseru memohon sekarang.