Seramai 732,128 penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara yang berdaftar akan menikmati pelan perlindungan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MPIN).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan memperuntuk RM16 juta setiap tahun bagi melaksanakan P1MPIN.
Bank Rakyat dilantik agensi pengurus dan ia memilih Takaful Ikhlas sebagai syarikat pengendali P1MPIN, katanya semasa berucap merasmikan kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013 peringkat negeri Kedah di sini hari Ahad.
Ahmad Bashah berkata P1MPIN ialah pelan perlindungan insurans berkelompok penjaja dan peniaga kecil yang diperkenal kerajaan serta berkuat kuasa pada 1 Jan 2013.
Mengikut pelan ini, penjaja dan peniaga kecil mendapat perlindungan kemalangan 24 jam sehari tanpa mengira di mana sahaja mereka berada sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan golongan itu, katanya.
Beliau berkata 14 peniaga dan penjaja kecil sudah menerima faedah P1MPIN dan empat daripada mereka dari Kedah.
Ahmad Bashah bagaimanapun kecewa kerana masih ramai penjaja dan peniaga kecil belum mendaftar perniagaan untuk membolehkan mereka menikmati skim itu.
Beliau berkata kementerian turut menawarkan skim pembiayaan mikro tanpa faedah kepada penjaja dan peniaga kecil melalui Bank Rakyat bagi membantu mereka memajukan perniagaan.
Katanya, sehingga 17 Jun lepas, seramai 1,781 pemohon menerima pembiayaan di bawah skim mikro itu yang berjumlah RM6.2 juta.
Bernama
Sun Jun 30 2013
![Seramai 732,128 penjaja, peniaga kecil nikmati insurans P1MPIN Seramai 732,128 penjaja, peniaga kecil nikmati insurans P1MPIN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365010284_120x90.jpg)
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723712231_LotusKPDNKBBM.jpg)
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Ekonomi Gig: Persediaan awal belia ke arah pekerjaan stabil
Menurut Pensyarah, Asia Pacific University (Apu), Dr Nor Azrul Mohd Zin, platform ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran dan memperoleh pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih stabil.
URA: Akta Pembangunan Semula Bandar ganggu hak pemilik rumah - Pakar
Kerajaan tidak sewajarnya meneruskan penggubalan Akta Pembangunan Semula (Urban Development Act, URA) yang menghilangkan hak pemilik rumah.
Kolaborasi MAPIM, ZUS mahu wujudkan jenama susah senang Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM Malaysia, Ahmad Sani Abdul Alim Araby berkata kolaborasi MAPIM dan ZUS Coffee merupakan kolaborasi yang unik antara syarikat kopi buatan Malaysia itu untuk menjadi jenama susah senang Malaysia.
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
[TERKINI] Pemain bola sepak bawa kerambit suspek kes baling bom petrol
Polis sahkan pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa disyaki kerambit merupakan suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota, pada Mei lalu.
![Seramai 732,128 penjaja, peniaga kecil nikmati insurans P1MPIN Seramai 732,128 penjaja, peniaga kecil nikmati insurans P1MPIN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365010284_120x90.jpg)
Seramai 732,128 penjaja, peniaga kecil nikmati insurans P1MPIN
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan memperuntuk RM16 juta setiap tahun bagi melaksanakan P1MPIN.