Seramai 50 jemaah haji Malaysia terpilih di bawah program Jemaah Haji Warga Emas Tabung Haji (TH) yang akan mendapat bantuan dan bimbingan khusus daripada petugas TH semasa operasi masyair bagi musim 1439H.
Pengurus Kaunseling TH bagi musim 1439H, Rashidah Ahmad berkata jemaah ini dipilih daripada 114 permohonan dengan menjalani sesi temuduga yang berlangsung sebanyak tiga sesi di mana calon-calon dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan.
"Ia antara program tanggungjawab sosial korporat TH yang mula dilaksanakan beberapa tahun yang lepas, dengan fokus kepada jemaah haji yang mempunyai masalah dari segi kesihatan, psikologi dan fizikal.
"Mereka ini perlu dibantu dalam menguruskan diri bagi memastikan mereka dapat menjalankan ibadah masyair ini dengan keadaan yang paling sempurna," katanya pada sidang media program Jemaah Haji Warga Emas di sini, pada Ahad.
Petugas yang terlibat membantu dalam program Jemaah Haji Warga Emas ini terdiri daripada petugas sektor kewangan TH dan Pembantu Petugas Haji Tanah Suci (PATUH), yang akan membantu jemaah haji semasa di Arafah sehingga pulang ke Makkah.
Jemaah yang terlibat akan dibantu secara khusus oleh petugas TH, mengikut tahap kesihatan dan keperluan bimbingan, yang melibatkan antara satu petugas untuk satu jemaah atau dua petugas untuk lima jemaah.
Jemaah haji yang terpilih untuk menyertai program ini dibawa ke penginapan ibu pejabat TH Makkah dari hotel penginapan masing-masing sehari sebelum tarikh bertolak ke Arafah untuk membuat persiapan dan berkenalan dengan penjaga mereka.
"Jemaah berkenaan dijadual bergerak ke Arafah pada 5.00 petang 8 Zulhijjah, bersama-sama petugas program yang ditugaskan kepada jemaah ini.
"Semasa di sana (Arafah) nanti, perjalanan ibadah jemaah terlibat akan dibantu oleh petugas tadi, di samping petugas pembimbing ibadah haji tanah suci (PIHTAS) dari segi solat dan amalan zikir," katanya.
Jemaah program ini akan dihantar semula ke pengurus maktab di hotel penginapan masing-masing setelah operasi masyair selesai di mana sepucuk surat akujanji penerimaan semula jemaah kepada maktab akan ditandatangani oleh pengurus maktab yang terlibat selepas penyerahan jemaah.
Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia daripada 12 maktab telah mula bergerak kira-kira pukul 8.00 pagi Ahad (1.00 tengah hari waktu Malaysia) 8 Zulhijjah 1439H (19 Ogos, 2018) secara berperingkat untuk melaksanakan ibadat wukuf, bermabit dan melontar jamrah di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Setiap maktab akan dibekalkan dengan 22 buah bas yang akan berulang-alik membawa jemaah dari Makkah ke Arafah sebanyak tiga pusingan dan dijangka kesemua jemaah akan tiba di Arafah selepas waktu Isyak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 19 2018

Petugas-petugas Tabung Haji menyambut ketibaan jemaah program Jemaah Haji Warga Emas di ibu pejabat TH Makkah Abraj Al-Janadriyah, Makkah, 19 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."

Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.

Arafah #QuranHour angkat surah al-Jumu’ah, al-Hajj
Program yang bertemakan 'Reset Takwa' itu mengangkat dua surah utama sempena perhimpunan terbesar umat Islam di Padang Arafah.

Kemuncak operasi haji semasa Masyair, TH gembleng kerahan besar-besaran
Operasi Masyair pada tahun ini menjadi sangat kritikal kerana permulaan pergerakan jemaah pada 8 Zulhijjah jatuhnya pada hari Jumaat.

Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.

Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini
Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).

Arafah #QuranHour mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan program Arafah #QuranHour : Haji membina Ummah sempena Hari Wukuf, 9 Julai ini.

Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah
Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.

Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat
Seramai 60,000 jemaah yang menunaikan ibadah haji tahun ini tetap berpeluang mengikuti khutbah Hari Arafah secara langsung.