MEKAH: Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).
Mereka akan bergerak secara berperingkat ke Arafah yang jaraknya kira-kira 22 kilometer dari Masjidil Haram di sini, bermula 7 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia) menggunakan 21 bas disediakan bagi setiap maktab penginapan yang membawa jemaah haji dalam tiga penggi-liran perjalanan.
Wukuf ialah rukun haji yang dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai daripada tergelincirnya matahari (waktu zuhur) pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kesemua jemaah haji Malaysia akan bergerak untuk mabit (bermalam) di Muzdalifah bermula 6.30 petang sebelum melontar di Mina hingga 13 Zulhijjah.
"Malaysia mendapat keutamaan daripada kerajaan Arab Saudi untuk memilih waktu melontar di ketiga-tiga jamrah ... alhamdulillah, jemaah kita dapat melontar pada slot malam bermula 8 hingga 10 malam disebabkan keadaan cuaca yang lebih dingin," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata 50 peratus jemaah haji akan melakukan Nafar Awal (melontar jamrah pada dua dari tiga hari tasyrik) manakala separuh lagi Nafar Thani (melontar bagi ketiga-tiga hari tasyrik) dan bertahalul.
Seterusnya, jemaah haji akan melakukan tawaf dan saie haji.
Syed Saleh berkata hampir 300 khemah di Arafah dan Mina tersedia buat jemaah haji negara dengan beberapa penambahbaikan dilakukan tahun ini termasuk khemah berdinding PVC dengan penyaman udara dan bekalan makanan yang keseluruhannya dibekalkan syarikat Malaysia.
Selain itu, 50 jemaah haji dipilih menyertai Program Prihatin Tetamu Ar Rahman (Peneman) yang bakal disantuni 50 petugas haji bagi membantu mereka ketika operasi Masyair.
Bagi pesakit pula, mereka akan dibawa ke Arafah menerusi program Safari Wuquf bersama petugas perubatan dengan menaiki bas khas dan ambulans.
Setelah selesai rukun dan wajib haji, jemaah akan melakukan tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal sebelum pulang ke tanah air, dengan penerbangan pertama dijadual pada 5 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023

Syed Saleh berkata kesemua jemaah haji Malaysia akan bergerak untuk mabit (bermalam) di Muzdalifah bermula 6.30 petang sebelum melontar di Mina hingga 13 Zulhijjah. -Gambar fail/Reuters
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Jemaah haji Malaysia selamat sampai di khemah
Jemaah Malaysia telah selamat sampai di khemah-khemah muasassah yang menempatkan seluruh jemaah haji dari Malaysia.

Kemasukkan jemaah haram ke Mekah berkurangan
Kawalan ketat kerajaan Arab Saudi berjaya mengekang kes jemaah yang menyelinap masuk tanpa visa untuk mengerjakan haji secara haram pada musim haji tahun ini.