Seorang pemandu dilaporkan tersepit dan tidak sedarkan diri manakala dua lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kereta mereka terlibat dalam satu kemalangan di sini.
Kejadian melibatkan Perodua Alza yang dinaiki mereka yang sedang dalam perjalanan di Jalan Nibong Tada di sini malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, pihak bomba yang menerima laporan mengenai kemalangan sekitar jam 11.35 malam telah mengerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit ke lokasi kejadian.
"Sebaik sampai, Komander Operasi terus membuat size up di tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki iaitu pemandu kenderaan tersebut tidak sedarkan diri dan telah tersepit.
"Selain itu, dua lagi mangsa tidak mengalami kecederaan dan berjaya keluar dengan sendiri," katanya.
Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mereka diserahkan kepada pihak Hospital Sibu yang turut berada di lokasi kejadian, untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang cedera dikenali sebagai Minggu anak Akam, 39 tahun, manakala dua yang terselamat dikenali sebagai Tejah anak Imang, 36 tahun, dan Christian Valentino Rossi, 15 tahun, anak kepada Minggu.
Angelina Sinyang
Sat Dec 14 2019
Dalam kejadian di Jalan Nibong Tada di Kanowit malam tadi, pemandu kereta tersebut didapati telah tersepit akibat kemalangan yang terjadi. Foto JBPM Sarawak
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Seorang tersepit, dua selamat kemalangan jalan raya di Kanowit
Mangsa yang cedera dikenali sebagai Minggu anak Akam, 39 tahun, manakala dua yang terselamat dikenali sebagai Tejah anak Imang, 36 tahun, dan Christian Valentino Rossi anak Minggu, 15 tahun.