TAPAH: Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat sini, hari ini.
Mangsa, Norliza Nawayi@Nawawi, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nasir Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 8.56 pagi.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) jenis Toyota Vellfire, Kenderaan Serba Guna (MPV) jenis Toyota Avanza dan kereta jenis Honda Jazz.
“Terdapat lapan mangsa yang terlibat, tujuh mangsa mengalami kecederaan manakala seorang mangsa maut di lokasi dan tiada mangsa tersepit,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya lagi, anggota bomba bertindak memasang ‘cervical collar’ kepada pemandu Toyota Avanza dan menyerahkannya kepada ambulan Kementerian Kesihatan.
Tambahnya, mangsa maut yang juga penumpang Toyota Avanza diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Mohd Nasir berkata, selain pemandu Toyota Avanza, mangsa lain yang cedera ialah pemandu serta tiga penumpang Toyota Vellfire, termasuk dua kanak-kanak dan pemandu serta penumpang Honda Jazz.
Operasi bomba tamat sepenuhnya 10.41 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Mar 25 2023
Kemalangan melibatkan sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) jenis Toyota Vellfire, Kenderaan Serba Guna (MPV) jenis Toyota Avanza dan kereta jenis Honda Jazz. - Foto JBPM
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori kontena, treler dan Proton Persona di KM 441.2 PLUS di Rawang, awal pagi ini.
Wanita maut kemalangan babit tiga kenderaan di Setiu
Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer (KM) 35.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu pada kira-kira 12.50 tengah hari tadi.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
Penghantar makanan maut bertembung lori
Penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah lori manakala penunggang basikal tercampak di bahu jalan dan mengalami kecederaan ringan.
Seorang maut, empat cedera dalam nahas tiga kereta
Seorang lelaki tersepit di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.
Kemalangan tiga kenderaan: Lelaki cedera tersepit, trafik sesak 10 km
Tragedi itu membabitkan sebuah lori, treler serta Perodua Myvi.
Dua maut nahas tiga kenderaan di Serkam
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu kedua-dua mangsa dikatakan baru pulang dari bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam.
Adik maut, kakak parah motosikal dirempuh kereta
Seorang wanita warga emas maut manakala kakaknya parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kampung Bujang, Merbok.
Nahas LPT: Lelaki maut, dua cedera dalam kemalangan babitkan 3 kenderaan
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Jabor-Kuantan.