SEREMBAN: Seorang lelaki maut manakala enam lagi cedera selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan di Km 38.8 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) menuju arah selatan, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala enam yang lain cedera pada bahagian muka dan luka seluruh badan.
"Kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggangi mangsa bergerak secara berkumpulan dari arah Nilai menuju ke Seremban.
"Sebaik tiba di lokasi, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggangi lelaki berusia 21 tahun dalam kumpulan sama menyebabkan kedua-dua motosikal hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Nanda berkata lima motosikal masing-masing ditunggangi lelaki berusia 17 hingga 20 tahun dalam kumpulan sama dari arah belakang pula tidak sempat mengelak dan melanggar kedua-dua motosikal terbabit.
Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat serta rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, mana-mana individu yang terlibat atau saksi diminta menyerah diri ke balai polis berhampiran dengan pengesanan giat dijalankan.
Semalam, tular tiga video yang berdurasi 30, 15 dan 12 saat memaparkan kejadian berkenaan, bagaimanapun video berdurasi 30 saat itu ialah rakaman video lama yang disiarkan semula dan bukan berlaku di Lekas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
NANDA: Kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggangi mangsa bergerak secara berkumpulan dari arah Nilai menuju ke Seremban. - Gambar fail
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Dua beradik maut motosikal terlanggar belakang lori
Mohd Husaini dan Muhammad Amirul yang beralamat di Kampung Pengkalan Batu, Kuala Terenganu maut akibat cedera parah di kepala dan badan.
Polis kesan tiga lelaki bantu siasatan kes pukul
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata mereka dikenali sebagai V Raja Kumar, S Agilan dan Suresthiran.
Bakar kereta, dua lelaki ditahan
Terdahulu, polis Seremban menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 19 tahun mengenai keretanya terbakar hampir 50 peratus.
Seorang maut, enam cedera kemalangan babit tujuh motosikal
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Polis kesan pemandu lori cuba rempuh orang awam
Hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Kerapu Taman Permai 3, namun tarikh dan waktu kejadian masih dalam siasatan.
Penjual buah ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk
Terdapat juga seorang wanita di dalam rumah itu dalam keadaan kesedihan dan panik.
Polis tahan suspek bunuh wanita warga emas di Taman Paroi Jaya
Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya Seremban.
Polis kesan pekerja kilang dipukul majikan
Pada Sabtu, tiga video tular di media sosial yang dua daripadanya menunjukkan seorang lelaki dipukul dengan alat dipercayai kayu.
Lima kenderaan terlibat kemalangan di lebuh raya
Kemalangan pada jam 10.40 pagi itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari arah Seremban menuju ke selatan dipercayai hilang kawalan.
Polis kesan kenderaan, saksi babit kemalangan maut
Polis sedang mengesan kenderaan dan saksi berhubung kemalangan maut membabitkan seorang pelajar Politeknik Merlimau awal pagi tadi.