SEREMBAN: Polis sedang mengesan kenderaan dan saksi berhubung kemalangan maut membabitkan seorang pelajar Politeknik Merlimau, Melaka di Kilometer 252, Lebuhraya Utara Selatan, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian kira-kira 1.45 pagi itu mangsa Muhammad Naufal Amjad, 19, yang beralamat di Kampung Banggol Tok Jiring, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
"Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha sedang dalam perjalanan dari arah selatan menuju ke utara. Setakat ini, terdapat seorang saksi bebas yang mungkin dapat membantu siasatan.
"Keadaan bentuk jalan di lokasi kemalangan adalah jalan lurus yang mempunyai tiga lorong sehala dan tiada lampu jalan dengan keadaan cuaca ketika itu baik dan permukaan jalan kering," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan atau merakamkan kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Zaman Mohd Hayal di talian 0127173867.
Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Setakat ini, terdapat seorang saksi bebas yang mungkin dapat membantu siasatan.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Dua maut, lori bawa muatan pejabat rempuh belakang treler di lebuh raya WCE
Kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan dan treler, terdapat dua mangsa dari lori tersebut yang tersepit dan disahkan maut.
Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penghadang Lebuhraya DUKE dirempuh lori, jatuh hempap kereta
Lori yang dipandu warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh tembok penghadang.
Ops Samseng Jalanan: Anggota trafik alami simptom hilang memori selepas bertembung
Anggota polis trafik yang parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Kanak-kanak 10 tahun pandu kereta, akibatkan kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki dikesan memandu sebuah kereta milik ibu bapanya sehingga mengakibatkan kemalangan dengan dua kenderaan lain.
Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang
Kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
Empat kenderaan bertembung gara-gara pemandu terlelap
Empat kenderaan bertembung gara-gara seorang pemandu dipercayai terlelap dalam kejadian di Kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di sini pada petang Sabtu.
Remaja Thailand maut dirempuh motosikal di Sungai Petani
Mangsa, Phanchakan Kasiwat yang berusia 19 tahun maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Pemandu treler maut, nahas lima kenderaan di PLUS arah utara
Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan termasuk tiga buah treler, sebuah lori satu tan dan sebuah MPV Toyota Vellfire.
Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori kontena, treler dan Proton Persona di KM 441.2 PLUS di Rawang, awal pagi ini.