SEREMBAN: Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai ditikam di sebuah rumah apartmen di Taman Bukit Delima di sini, pada Isnin.
Mayat lelaki berusia 50-an dan bekerja sebagai penjual buah itu ditemui kira-kira jam 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada pengawal keselamatan apartmen terbabit yang memaklumkan terdapat kes kematian di situ.
"Sebaik sampai didapati satu mayat lelaki warga tempatan dalam keadaan terlentang dan terdapat beberapa kesan darah di beberapa lokasi dalam rumah.
"Terdapat juga seorang wanita di dalam rumah itu dalam keadaan kesedihan dan panik," katanya ketika ditemui di lokasi.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut pada mayat berkenaan mendapati terdapat kesan luka pada rusuk kanan mangsa.
Jelasnya, polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur di bahagian dapur dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut.
"Siasatan juga mendapati wanita ini adalah warga Vietnam berusia 33 tahun dan dipercayai masuk ke negara ini pada Jun lalu. Bagaimanapun kami akan membuat semakan dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia.
"Daripada maklumat awal yang kami terima daripada penduduk, mereka memaklumkan terdengar pergaduhan antara mangsa dan tangisan wanita berkenaan kira-kira jam 9 malam," katanya.
Sementara itu katanya, wanita terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, polis masih mengesan saksi lain bagi membantu siasatan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya kepada polis. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 21 2022
Wanita warga asing yang berada dalam rumah mangsa ditahan bagi membantu siasatan. - Foto Sinar Harian
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Dua beradik maut motosikal terlanggar belakang lori
Mohd Husaini dan Muhammad Amirul yang beralamat di Kampung Pengkalan Batu, Kuala Terenganu maut akibat cedera parah di kepala dan badan.
Polis kesan tiga lelaki bantu siasatan kes pukul
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata mereka dikenali sebagai V Raja Kumar, S Agilan dan Suresthiran.
Bakar kereta, dua lelaki ditahan
Terdahulu, polis Seremban menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 19 tahun mengenai keretanya terbakar hampir 50 peratus.
Seorang maut, enam cedera kemalangan babit tujuh motosikal
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Polis kesan pemandu lori cuba rempuh orang awam
Hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Kerapu Taman Permai 3, namun tarikh dan waktu kejadian masih dalam siasatan.
Penjual buah ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk
Terdapat juga seorang wanita di dalam rumah itu dalam keadaan kesedihan dan panik.
Polis tahan suspek bunuh wanita warga emas di Taman Paroi Jaya
Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya Seremban.
Polis kesan pekerja kilang dipukul majikan
Pada Sabtu, tiga video tular di media sosial yang dua daripadanya menunjukkan seorang lelaki dipukul dengan alat dipercayai kayu.
Lima kenderaan terlibat kemalangan di lebuh raya
Kemalangan pada jam 10.40 pagi itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari arah Seremban menuju ke selatan dipercayai hilang kawalan.
Polis kesan kenderaan, saksi babit kemalangan maut
Polis sedang mengesan kenderaan dan saksi berhubung kemalangan maut membabitkan seorang pelajar Politeknik Merlimau awal pagi tadi.