Polis Johor menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes kekecohan pada satu program Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang diadakan secara tertutup di Ulu Tiram, di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata individu itu ditahan lewat petang semalam di Johor Bahru.
Perkembangan itu, katanya, menjadikan jumlah suspek yang ditangkap setakat ini adalah seramai tiga orang termasuk dua individu yang telah diberkas pada Jumaat malam.
"Ketiga-tiga mereka ini berumur lingkungan 30-an dan perintah reman terhadap mereka akan dipohon daripada mahkamah hari ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini hari ini.
BACA: Polis tahan dua individu cetus kekecohan perjumpaan Armada - KPN
BACA: Polis tubuh pasukan khas siasat kekecohan program Syed Saddiq
Mohd Kamarudin berkata siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kesemua suspek mempunyai kaitan dengan parti-parti politik.
"Kita sedang mengenal pasti latar belakang mereka dan parti politik mereka sebelum ini dan yang sekarang," katanya mengulas perkembangan terkini kes berkenaan.
Beliau berkata semua masyarakat harus menghormati undang-undang dan tidak bertindak di luar batasan dalam sesuatu perkara.
"Saya ingat statement (kenyataan) daripada Ketua Polis Negara (Tan Sri Abdul Hamid Bador) mengenai perkara ini jelas supaya semua orang menghormati undang-undang, tidak ada sesiapa pun berada di luar batas undang-undang," katanya.
Semalam, Abdul Hamid mengingatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan insiden itu dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi atau media sosial bagi mengelakkan ketidaktenteraman awam dalam negara.
Pada Jumaat lepas, kira-kira 200 individu didakwa mencetuskan kekecohan dengan mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan ugutan kepada Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika satu program tertutup bersama ARMADA Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 02 2020

Mohd Kamarudin berkata individu itu ditahan lewat petang semalam di Johor Bahru. -foto BERNAMA
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Kerajaan tidak abai kepentingan anak muda - Ketua Armada
Kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan anak muda selain menyedari peranan mereka sebagai kumpulan pengundi besar negara.

Armada sedia gerakkan rangkaian bantu rakyat dapat manfaat PEMULIH
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu bersedia menggerakkan rangkaiannya di seluruh negara bagi membantu rakyat mendapatkan manfaat daripada PEMULIH

Armada Terengganu, Sabah tolak pendirian Armada pusat
Armada Bersatu negeri Terengganu dan Sabah tidak menyokong pendirian Armada pusat untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Seorang lagi ditahan bantu siasatan kes kekecohan program Armada
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata individu itu ditahan lewat petang semalam di Johor Bahru.

Polis tahan dua individu cetus kekecohan perjumpaan Armada - KPN
Polis menahan dua individu yang disyaki menjadi dalang provokasi dan kekecohan ketika perjumpaan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu), pada Jumaat.

Kalah di Tanjung Piai, Semenyih kerana tiada 'pekerja' - Tun Mahathir
Perdana Menteri gesa kikis sikap mementingkan diri sebaliknya memahami bahawa perjuangan parti adalah asas kepada kejayaan.

Bersatu tidak mengamalkan perjuangan mewah - Syed Saddiq
Anggota Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), diingatkan bahawa parti itu bukan berteraskan kemewahan, kontrak atau status.

Armada yakin Dr Maszlee terus jaga kebajikan KV, TVET
Armada yakin Kementerian Pendidikan mampu untuk terus menjaga kebajikan Kolej Vokasional dan TVET.

Armada di hadapan, Srikandi bina kekuatan - Muhyiddin
Masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terletak di tangan Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).