Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yakin Kementerian Pendidikan dikemudi Dr Maszlee Malik mampu untuk terus menjaga kebajikan Kolej Vokasional (KV) dan institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang lain.
Ketua Penerangan Armada Nasional Ulya Aqamah Husamudin berkata kerajaan melalui kementerian itu sentiasa memberi tumpuan terhadap setiap masalah dihadapi KV dan TVET, di mana langkah penyelesaian dan ruang masa perlu diberi kepada kementerian untuk melakukan pembaikpulihan.
"Antara masalah-masalah KV adalah masalah akreditasi, kebolehpasaran yang rendah hingga sesetengah program hanya terdapat 20 peratus nilai kebolehpasaran, prasarana KV yang tiada sijil keselamatan dan tenaga pengajar tidak terlatih bagi menghadapi revolusi Industri 4.0.
"Masalah ini telah berlaku sejak 2012 dan gagal diselesaikan kerajaan terdahulu, maka kita perlu beri ruang dan peluang kepada Dr Maszlee Malik bersama pasukan beliau untuk atasi masalah ini dan sebarang cadangan penambahbaikan boleh diajukan terus kepada pihak kementerian," katanya melalui satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Tambahnya, hasil perbincangan antara Armada dan pihak kementerian, beberapa langkah ke hadapan telah dipersetujui dan diambil bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku melibatkan KV dan TVET.
"Antara langkah yang kita usahakan adalah menambah kemahiran tenaga pengajar melalui latihan dalam industri dan mencari penyelesaian akreditasi dengan hanya mengguna satu sistem. Kami yakin langkah-langkah ini akan diterangkan pihak kementerian dengan lebih lanjut nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 26 2019
Beberapa langkah ke hadapan telah dipersetujui dan diambil bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku melibatkan KV dan TVET. - Gambar fail
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kerajaan tidak abai kepentingan anak muda - Ketua Armada
Kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan anak muda selain menyedari peranan mereka sebagai kumpulan pengundi besar negara.
Armada sedia gerakkan rangkaian bantu rakyat dapat manfaat PEMULIH
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu bersedia menggerakkan rangkaiannya di seluruh negara bagi membantu rakyat mendapatkan manfaat daripada PEMULIH
Armada Terengganu, Sabah tolak pendirian Armada pusat
Armada Bersatu negeri Terengganu dan Sabah tidak menyokong pendirian Armada pusat untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Seorang lagi ditahan bantu siasatan kes kekecohan program Armada
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata individu itu ditahan lewat petang semalam di Johor Bahru.
Polis tahan dua individu cetus kekecohan perjumpaan Armada - KPN
Polis menahan dua individu yang disyaki menjadi dalang provokasi dan kekecohan ketika perjumpaan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu), pada Jumaat.
Kalah di Tanjung Piai, Semenyih kerana tiada 'pekerja' - Tun Mahathir
Perdana Menteri gesa kikis sikap mementingkan diri sebaliknya memahami bahawa perjuangan parti adalah asas kepada kejayaan.
Bersatu tidak mengamalkan perjuangan mewah - Syed Saddiq
Anggota Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), diingatkan bahawa parti itu bukan berteraskan kemewahan, kontrak atau status.
Armada yakin Dr Maszlee terus jaga kebajikan KV, TVET
Armada yakin Kementerian Pendidikan mampu untuk terus menjaga kebajikan Kolej Vokasional dan TVET.
Armada di hadapan, Srikandi bina kekuatan - Muhyiddin
Masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terletak di tangan Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).