KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu bersedia menggerakkan rangkaiannya di seluruh negara bagi membantu rakyat mendapatkan manfaat daripada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan hari ini.
Ketua Armada Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata langkah-langkah yang diumumkan menerusi PEMULIH amat kritikal untuk mengekalkan kecairan dalam ekonomi di akar umbi, di samping memelihara asas ekonomi daripada risiko keruntuhan.
Menurut beliau ia juga adalah sebagai persediaan untuk memacu fasa pemulihan apabila ekonomi dibuka secara beransur kelak.
"Untuk menyokong PEMULIH, rangkaian Armada di seluruh Malaysia sedia mainkan peranan melalui program #ArmadaPrihatin dan usaha sama dengan rakan sayap pemuda Perikatan Nasional untuk membantu rakyat khususnya peniaga kecil-kecilan dan perusahaan kecil dan sederhana mikro (PKS mikro) bagi mendapatkan manfaat daripada program-program yang ditawarkan," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional dalam kenyataan hari ini.
Wan Ahmad Fayhsal berkata Armada amat bersyukur kerana dua isu yang diangkat kepada kerajaan telah diterima baik dan diintegrasikan sebagai sebahagian daripada pakej berkenaan iaitu moratorium automatik sehingga hujung tahun serta pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mereka yang layak.
Menurut kenyataan itu, Armada turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas keprihatinan terhadap keluh kesah rakyat dan mendengar pandangan yang diutarakan sepanjang beberapa libat urus.
Muhyiddin hari ini mengumumkan PEMULIH berjumlah RM150 bilion yang merupakan kesinambungan daripada tujuh program bantuan dan pakej rangsangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM380 bilion yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional sejak pandemik COVID-19 melanda negara awal tahun lepas.
Sementara itu, Srikandi Bersatu turut bersedia memainkan peranan aktif membantu kerajaan dalam menyediakan khidmat psikososial, latihan perniagaan atas talian, sokongan dan gerak kerja kemasyarakatan untuk mengembalikan semangat dan memberi dorongan kepada rakyat agar kembali hidup sejahtera.
Ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata Srikandi menzahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana tidak mengenepikan kesan psikologi, tekanan mental dan emosi yang melanda rakyat seperti yang diumumkan menerusi PEMULIH.
"Bantuan Talian Kasih dan psikososial diperuntukkan melalui NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) untuk menangani isu sosial, mental, gelandangan di semua peringkat komuniti akan dapat meredakan tekanan yang dihadapi oleh ketua keluarga, wanita dan anak-anak," katanya dalam kenyataan.
Rina berkata antara perkara utama yang dibangkitkan rakyat telah dipenuhi kerajaan, dengan moratorium automatik selama enam bulan amat membantu peminjam individu B40, M40, T20 dan usahawan mikro terutama mereka yang kehilangan pekerjaan serta usahawan yang terpaksa menutup perniagaan.
Selain itu, inisiatif i-Citra dengan penyumbang KWSP boleh mengeluarkan RM1,000 setiap bulan selama lima bulan daripada simpanan mereka bagi membiayai kehidupan yang mendesak ketika ini, katanya.
Menurut kenyataan itu, kerajaan juga telah mengembangkan bantuan dan peluang perniagaan secara digital untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana meneruskan perniagaan, selain lebih banyak peluang pekerjaan akan dicipta melalui PEMULIH yang akan memberi peluang kepada anak muda dan wanita untuk bekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata langkah-langkah yang diumumkan menerusi PEMULIH amat kritikal untuk mengekalkan kecairan dalam ekonomi di akar umbi, di samping memelihara asas ekonomi daripada risiko keruntuhan. - Gambar fail

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.

Kerajaan tidak abai kepentingan anak muda - Ketua Armada
Kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan anak muda selain menyedari peranan mereka sebagai kumpulan pengundi besar negara.

Armada sedia gerakkan rangkaian bantu rakyat dapat manfaat PEMULIH
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu bersedia menggerakkan rangkaiannya di seluruh negara bagi membantu rakyat mendapatkan manfaat daripada PEMULIH

Armada Terengganu, Sabah tolak pendirian Armada pusat
Armada Bersatu negeri Terengganu dan Sabah tidak menyokong pendirian Armada pusat untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Seorang lagi ditahan bantu siasatan kes kekecohan program Armada
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata individu itu ditahan lewat petang semalam di Johor Bahru.

Polis tahan dua individu cetus kekecohan perjumpaan Armada - KPN
Polis menahan dua individu yang disyaki menjadi dalang provokasi dan kekecohan ketika perjumpaan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu), pada Jumaat.

Kalah di Tanjung Piai, Semenyih kerana tiada 'pekerja' - Tun Mahathir
Perdana Menteri gesa kikis sikap mementingkan diri sebaliknya memahami bahawa perjuangan parti adalah asas kepada kejayaan.

Bersatu tidak mengamalkan perjuangan mewah - Syed Saddiq
Anggota Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), diingatkan bahawa parti itu bukan berteraskan kemewahan, kontrak atau status.

Armada yakin Dr Maszlee terus jaga kebajikan KV, TVET
Armada yakin Kementerian Pendidikan mampu untuk terus menjaga kebajikan Kolej Vokasional dan TVET.

Armada di hadapan, Srikandi bina kekuatan - Muhyiddin
Masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terletak di tangan Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).