PASIR MAS: Polis menahan seorang bomoh berusia 67 tahun selepas didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun, ketika proses rawatan tradisional dalam kejadian di rumah suspek di Kampung Tendong di sini, pada Jumaat lepas.
Difahamkan, dalam kejadian pukul 3 petang itu mangsa bersama ibu dan bakal suaminya, telah ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata apabila tiba di rumah itu mangsa telah berjumpa dengan suspek yang dikenali sebagai 'Ayahsu' dan isterinya 'Maksu' berusia 60-an.
Beliau berkata suspek kemudian telah meminta mangsa untuk masuk ke dalam sebuah bilik rawatan melalui pintu belakang rumah.
"Semasa mangsa berada di dalam bilik rawatan seorang diri, suspek telah meminta wanita itu supaya menanggalkan seluar.
"Suspek kemudiannya telah menggosok paha mangsa sebelum bertindak merogol mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.
Mohd Nasaruddin berkata suspek turut memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, selain berpesan kepada mangsa supaya datang sekali lagi untuk rawatan susulan.
"Mangsa yang berasa tertipu telah menceritakan kejadian itu kepada bakal suaminya serta keluarga, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bunut Susu di sini dan pihak polis menahan suspek kira-kira 12 tengah malam," katanya.
Menurutnya, suspek yang juga pesara itu direman bermula semalam hingga 22 Okt ini, dan kes disiasat mengikut 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Menjelas lanjut, beliau berkata berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini berkenalan dengan mangsa di sebuah kedai dan mengatakan mangsa mengalami gangguan makhluk halus dan perlu dirawat secara tradisional olehnya.
"Suspek juga dipercayai pernah melakukan perbuatan yang sama terhadap wanita lain, memandangkan sudah menyediakan khidmat perawatan tradisional sejak 1995," katanya.
Justeru, beliau berharap kepada mana-mana individu yang pernah diperlakukan perkara sama oleh suspek supaya hadir membuat laporan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021

Suspek dipercayai pernah melakukan perbuatan sama terhadap wanita lain memandangkan sudah menyediakan khidmat perawatan tradisional sejak 1995. - Gambar hiasan

Gaji lewat dipercayai punca pekerja kilang merusuh
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu berlaku pertelingkahan antara sekumpulan pekerja dengan dua penyelia kilang tersebut.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia. #AWANInews
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam. #AWANInews
Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel. #AWANI745 #AWANInews

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.

Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.

Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

'Bomoh' mengaku tidak bersalah tuduhan curi, pecah rumah
Seorang lelaki yang digelar 'bomoh' mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencuri dan melakukan pecah rumah di beberapa lokasi di Kangar.

Bomoh didakwa rogol gadis hingga hamil
Seorang bomoh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap gadis berusia 15 tahun sehingga mengandung, tahun lalu.

Alasan buang 'pendamping', bomoh rogol pelajar empat kali
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dicabul dan dirogol sebanyak empat kali oleh seorang bomoh yang mendakwa terdapat 'pendamping' pada badan mangsa.

Bomoh didakwa cabul pesakit
Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian pada 26 Jun lalu.

Bomoh warga emas nafi cabul pesakit
Mangsa mendakwa diarah berkemban dan mandi sebelum tertuduh memulakan proses rawatan sehingga cuba meraba alat sulit wanita berkenaan.

Bomoh didakwa rogol bakal pengantin
Tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.

Seorang bomoh ditahan, disyaki rogol wanita ketika rawatan tradisional
Dalam kejadian itu, mangsa bersama ibu dan bakal suaminya, telah ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional.

Lelaki saman bomoh selepas gagal pulihkan masalah rumah tangga
Dalam memfailkan saman tersebut, Restrepo mahu Adams membayar ganti rugi sebanyak AS$25,000.