MUAR: Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis berusia 15 tahun sehingga mengandung, tahun lalu.
Tertuduh Zemi Rahim, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suaibon.
Mengikut pertuduhan pertama di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, tertuduh didakwa melakukan kontak fizikal terhadap mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun dengan menyentuh kemaluan mangsa.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Manakala bagi tiga lagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa merogol mangsa sama dalam tiga kejadian berasingan pada November 2022 serta April dan Julai 2023.
Justeru, tertuduh yang juga jurulatih Muay Thai didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam bilik air sebuah rumah dalam daerah Pagoh di sini antara November 2022 hingga Julai 2023 lalu.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Daniel Munir tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan dilakukan adalah serius.
Katanya, hubungan antara tertuduh dan mangsa adalah sebagai pengamal perubatan dan pesakit yang mana perbuatan terkutuk tertuduh itu telah menyebabkan mangsa hamil empat bulan.
Bagaimanapun ujarnya, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jumlah jaminan RM7,500 bagi setiap pertuduhan serta beberapa syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak berkomunikasi dengan mangsa.
Hakim Irwan kemudian tidak menawarkan sebarang jaminan dan membenarkan syarat tambahan oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 12 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan lantikan peguam.
Tertuduh sebelum ini pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan lain dengan alasan untuk membuang 'pendamping'.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Nov 08 2023
![Bomoh didakwa rogol gadis hingga hamil Bomoh didakwa rogol gadis hingga hamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699417094_BomohRogol.jpg)
Tertuduh Zemi Rahim dibawa ke Mahkamah Sesyen Muar bagi berhadapan tuduhan merogol seorang gadis. - Foto Astro AWANI
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738652082_tbgenericchildabus.jpg)
Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.
!['Bomoh' mengaku tidak bersalah tuduhan curi, pecah rumah 'Bomoh' mengaku tidak bersalah tuduhan curi, pecah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
'Bomoh' mengaku tidak bersalah tuduhan curi, pecah rumah
Seorang lelaki yang digelar 'bomoh' mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencuri dan melakukan pecah rumah di beberapa lokasi di Kangar.
![Bomoh didakwa rogol gadis hingga hamil Bomoh didakwa rogol gadis hingga hamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699417094_BomohRogol.jpg)
Bomoh didakwa rogol gadis hingga hamil
Seorang bomoh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap gadis berusia 15 tahun sehingga mengandung, tahun lalu.
![Alasan buang 'pendamping', bomoh rogol pelajar empat kali Alasan buang 'pendamping', bomoh rogol pelajar empat kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697540446_raped.jpg)
Alasan buang 'pendamping', bomoh rogol pelajar empat kali
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dicabul dan dirogol sebanyak empat kali oleh seorang bomoh yang mendakwa terdapat 'pendamping' pada badan mangsa.
![Bomoh didakwa cabul pesakit Bomoh didakwa cabul pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693899562_bomoh.jpg)
Bomoh didakwa cabul pesakit
Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian pada 26 Jun lalu.
![Bomoh warga emas nafi cabul pesakit Bomoh warga emas nafi cabul pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644901604_Bomohwargaemasn.jpg)
Bomoh warga emas nafi cabul pesakit
Mangsa mendakwa diarah berkemban dan mandi sebelum tertuduh memulakan proses rawatan sehingga cuba meraba alat sulit wanita berkenaan.
![Bomoh didakwa rogol bakal pengantin Bomoh didakwa rogol bakal pengantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635309511_BOMOHPENGANTINBOMOH.jpg)
Bomoh didakwa rogol bakal pengantin
Tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.
![Seorang bomoh ditahan, disyaki rogol wanita ketika rawatan tradisional Seorang bomoh ditahan, disyaki rogol wanita ketika rawatan tradisional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634446681_rogol.jpg)
Seorang bomoh ditahan, disyaki rogol wanita ketika rawatan tradisional
Dalam kejadian itu, mangsa bersama ibu dan bakal suaminya, telah ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional.
![Lelaki saman bomoh selepas gagal pulihkan masalah rumah tangga Lelaki saman bomoh selepas gagal pulihkan masalah rumah tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633485352_TarotCard.jpg)
Lelaki saman bomoh selepas gagal pulihkan masalah rumah tangga
Dalam memfailkan saman tersebut, Restrepo mahu Adams membayar ganti rugi sebanyak AS$25,000.