SEREMBAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan seorang anggotanya maut manakala dua jurulatih cedera ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas tengah hari tadi.
TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan insiden pada 12.10 tengah hari itu telah mengakibatkan mangsa, yang merupakan penuntut kursus peningkatan pembantu pertahanan kelas 1 Siri 78/23, meninggal dunia di tempat kejadian.
"Dua jurulatih yang mengalami kecederaan itu pula diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.
"Pihak TUDM telah menghubungi waris anggota yang terlibat dan menyerahkan kes kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Justeru, TUDM menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.
Katanya maklumat perkembangan insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Anuwal Ab Wahab mengesahkan seorang daripada jurulatih yang cedera dalam insiden itu telah meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Beliau berkata maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa kerana siasatan masih dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan insiden pada 12.10 tengah hari itu telah mengakibatkan mangsa, yang merupakan penuntut kursus peningkatan pembantu pertahanan kelas 1 Siri 78/23, meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.

Insiden bom lempar: Mangsa ketiga cedera kedua-dua belah mata
Seorang anggota TUDM yang cedera parah dalam insiden bom lempar meletup di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga anggota TUDM terkorban semasa latihan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota TUDM semasa latihan menembak senjata dan bom lempar.

Seorang lagi jurulatih maut, TUDM tubuh Lembaga Siasatan
Koperal Udara Syuib Bidin meninggal dunia jam 5.45 petang ketika menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.

Seorang anggota TUDM maut, dua jurulatih cedera ketika latihan menembak
TUDM mengesahkan seorang anggotanya maut manakala dua jurulatih cedera ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar.

Seks oral, cabul kehormatan: Mahkamah rayuan kekal hukuman penjara, sebatan anggota TUDM
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Juhazei Ismail terhadap sabitan serta hukuman penjara.

Anggota TUDM maut dalam perjalanan ke tempat kerja
Mohd Husaini, yang dalam perjalanan dari arah Selayang ke Kem Tentera Udara Subang, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua anggota TLDM maut dalam kemalangan di Cameron Highlands
Mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah akibat impak rempuhan dan meninggal dunia di tempat kejadian.