KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban semasa latihan menembak senjata dan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, Ahad lalu.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian kedua-dua anggota berkenaan dan berharap seluruh keluarga sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.
"Seri Paduka berdua mendoakan agar roh-roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
"Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Al-Sultan Abdullah menghargai jasa dan khidmat kedua-dua anggota terbabit kepada TUDM dan negara," menurut catatan itu.
Dalam kejadian pada kira-kira 12.10 tengah hari, Ahad lalu, Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, meninggal dunia selepas dikatakan terkena bom lempar yang meletup ketika sesi latihan di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar kem berkenaan.
Allahyarham merupakan penuntut bagi Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 Siri 78/23 Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan meninggal dunia.
Sementara itu, Koperal Udara Syuib Bidin, 33, jurulatih di INSTAR meninggal dunia pada 5.45 petang hari yang sama ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di Hospital Segamat, Johor.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar seorang lagi jurulatih INSTAR, Koperal Udara Khairuzaman Lokman yang cedera dalam insiden tersebut dipermudahkan urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan segera.
Khairuzaman, 35, kini sedang menerima rawatan di Hospital Segamat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian kedua-dua anggota berkenaan dan berharap seluruh keluarga sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu. - Gambar/ Instagram Istana Negara

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.

Insiden bom lempar: Mangsa ketiga cedera kedua-dua belah mata
Seorang anggota TUDM yang cedera parah dalam insiden bom lempar meletup di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga anggota TUDM terkorban semasa latihan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota TUDM semasa latihan menembak senjata dan bom lempar.

Insiden bom lempar: Polis rakam keterangan individu di lokasi
Polis akan merakam keterangan semua individu yang berada di lokasi insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, di Gemas pada Ahad.