KUALA LUMPUR:Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut digilis lori apabila terjatuh di atas jalan selepas motosikalnya hilang kawalan di jalan yang digenangi air dalam kejadian di Jalan Kuching dekat sini, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata mangsa Mohd Husaini Mohd Nasir, 28, dalam perjalanan dari arah Selayang ke Kem Tentera Udara Subang meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kira-kira pukul 4.42 petang, semasa hujan, mangsa yang menggunakan lorong paling kiri yang turut dipenuhi air tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan motosikalnya memasuki lorong paling kanan jalan.
"Sebuah lori yang turut melalui laluan kanan dipercayai telah melepasi motosikal berkenaan sebelum pemandunya menyedari telah melanggar sesuatu di bahagian tayar sebelah kiri.
"Pemandu lori berkenaan telah keluar untuk memeriksa keadaan dan menjumpai mangsa dalam keadaan tertiarap di atas jalan dengan kecederaan parah pada kepala," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat sementara kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020

Menurut polis, pemandu lori yang sedar telah melanggar sesuatu menjumpai mangsa dalam keadaan tertiarap di atas jalan dengan kecederaan parah pada kepala.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Membahayakan pengguna jalan raya, dua 'Kancil lejen' ditahan polis
Pemandu Kancil itu merupakan seorang lelaki berusia 47 tahun beralamat di Jalan Raub, Pahang.

Identiti mangsa kereta langgar pokok dikenal pasti
Kereta itu hilang kawalan sebelum melanggar batu penghadang jalan lalu berpusing dan merempuh sebatang pokok.

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: Pemandu treler positif dadah - Polis
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan perancah besi dalam pembinaan Lebuh Raya SUKE didapati positif dadah.

Dua beradik antara tiga maut kemalangan di Jalan Kuching
Kemalangan berlaku apabila kereta Satria Neo dari arah Kepong menghala ke Bulatan Segambut hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di tengah jalan.

Anggota TUDM maut dalam perjalanan ke tempat kerja
Mohd Husaini, yang dalam perjalanan dari arah Selayang ke Kem Tentera Udara Subang, meninggal dunia di tempat kejadian.

Wanita maut, suami parah kereta dirempuh Vellfire di bulatan Kepong
Vellfire terbabit terjunam ke dalam sungai namun keempat-empat pemandu dan penumpangnya terselamat.

Penghantar makanan kontrak maut dirempuh pemandu mabuk
Kejadian kira-kira 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu menyebabkan Mohamed Zaili Mohamed, 44, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Anggota trafik kawal lalu lintas cedera dilanggar kereta
Anggota trafik berkenaan sedang berdiri di atas pembahagi jalan kerana terdapat satu kemalangan lain.

Dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan, polis terus buru pemandu mabuk
Kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 45 (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada awal pagi ini.

Lima anggota polis cedera, lori rempuh sekatan jalan raya
Lori berkenaan kemudian terbabas dan melanggar seorang pegawai dan empat anggota yang sedang mengemas untuk menutup sekatan jalan raya