Dalam kejadian sekitar 6.30 petang itu, mangsa, Mohd Shukri Mohammad, 26 dan Norkhaliza Mohd Yusoff, 23, yang merupakan anggota dari Markas Tentera Laut yang bertugas di Kuala Lumpur maut di tempat kejadian.
Ketua Pegawai Operasi dan Menyelamat Simpang Pulai, Pegawai Bomba Kanan Ali Hiari memaklumkan pemandu pacuan empat roda yang dipandu Lai Hooi Siong, 26, hanya mengalami kecederaan ringan.
"Kemalangan berlaku melibatkan kenderaan jenis Viva dan Hilux yang berlanggar namun tiada mangsa tersepit.
"Setibanya kami di tempat kejadian kami mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya ketika dihubungi ASTRO AWANI.

Ali berkata mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah akibat impak rempuhan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, kesemua mangsa kemudiaannya telah diserahkan kepada pihak hospital bagi tindakan lanjut.
Operasi terbabit tamat sepenuhnya sekitar 10.05 malam.