Seorang ahli tabligh dari daerah Tawau yang menyertai perjumpaan keagamaan di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 29 Februari hingga 1 Mac lalu, kini disahkan positif COVID-19.
Individu itu, yang merupakan antara 350 ahli tabligh dari Tawau, mempunyai kontak rapat dengan kes positif di Brunei yang baru-baru ini didedahkan.
Lelaki berumur 58 tahun itu telah dimasukkan ke wad Hospital Tawau pada 10 Februari lalu kerana mengalami gejala demam, batuk dan sesak nafas telah disahkan positif jangkitan koronavirus berkenaan.
Sehubungan itu, masyarakat diingatkan agar tidak panik dan sentiasa memberikan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Daerah Tawau.
“Memandangkan sudah ada satu kes positif, saya harap rakyat Tawau di sini bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan. Sebab kita ada cara-cara seperti kuarantin. Pejabat Kesihatan akan mengeluarkan surat kuarantin di mana (pesakit) kena rehat di rumah sahaja dan tidak keluar ke mana-mana.
“Bagi penjawat awam, jika itu berlaku, bercuti lah dua minggu untuk tinggal di rumah sahaja,” ujar Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah Tawau, Dr. G. Navindran.
Pihak Jabatan Kesihatan Tawau juga telah mengkuarantinkan semua ahli keluarga yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa di rumah, dan tidak dibenarkan sebarang lawatan ke atas mangsa buat masa ini.
“Sekarang, ahli keluarganya semua telah dikuarantin dan mereka juga tidak dibenarkan (melawatnya) walaupun di hospital, sebab di hospital pun dia sudah dikuarantin sebagai kes pertama,” ujar G. Navindran.
Ahli tabligh sekitar Tawau yang terlibat dengan perjumpaan di Kuala Lumpur digesa agar tidak mengikuti solat Jumaat pada esok bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 di daerah Tawau.
Tambah Navindran, Jabatan Agama Islam Sabah (JAIS) juga telah bersetuju tentang saranan dan sebab supaya kumpulan itu tidak perlu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Untuk rekod, sehingga jam 2 petang Khamis, seramai lebih 140 orang ahli tabligh di daerah itu telah tampil untuk menjalani saringan kesihatan, manakala 210 orang lagi akan dijejaki segera.
Petrus Bernard
Thu Mar 12 2020
![Seorang ahli tabligh dari Tawau disahkan positif COVID-19 Seorang ahli tabligh dari Tawau disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584027284_TBTawauCovid.jpg)
Sehingga jam 2 petang Khamis, seramai lebih 140 orang ahli tabligh di daerah itu telah tampil untuk menjalani saringan kesihatan. - Astro AWANI
Kerajaan Sarawak memiliki 100 peratus AirBorneo
Kerajaan Sarawak kini memiliki 100 peratus syarikat penerbangan MASWings yang dijenamakan semula sebagai AirBorneo termasuk kakitangan serta aset di Sarawak dan Sabah.
Kerajaan Malaysia, Razak baginda diperintah bayar lebih RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Siasatan kes 18 ADUN Sabah akan diselesai segera, perlu saksi kukuh - SPRM
Siasatan membabitkan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang telah dirakam keterangan susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan penularan klip video perbualan akan diselesaikan secepat mungkin.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan jumlah saksi yang lebih ramai dan sesuai bagi memastikan ada dakwaan yang kukuh.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan jumlah saksi yang lebih ramai dan sesuai bagi memastikan ada dakwaan yang kukuh.
Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yakin individu yang terlibat dalam kes Op Sky akan dibawa ke muka pengadilan selewat-lewatnya pada Mac ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihak bank perlu mengambil tindakan keras terhadap pegawai mereka menerima rasuah dengan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihak bank perlu mengambil tindakan keras terhadap pegawai mereka menerima rasuah dengan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
![Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732618025_TBSARADUTERTE.jpg)
Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan
DOJ beri jaminan bahawa ia tetap komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan ketat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662286960_MATTAFairpelancon.jpg)
Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.
![Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
![Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
![COVID-19: 95 peratus ahli tabligh tampil buat saringan kesihatan - KPN COVID-19: 95 peratus ahli tabligh tampil buat saringan kesihatan - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81585121107_tabligh.jpg)
COVID-19: 95 peratus ahli tabligh tampil buat saringan kesihatan - KPN
Katanya, baki lima peratus lagi sedang dijejaki untuk memastikan mereka juga tampil membuat saringan COVID-19.
![Seorang ahli tabligh dari Tawau disahkan positif COVID-19 Seorang ahli tabligh dari Tawau disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584027284_TBTawauCovid.jpg)
Seorang ahli tabligh dari Tawau disahkan positif COVID-19
Individu itu mempunyai kontak rapat dengan kes positif di Brunei yang baru-baru ini didedahkan.
![350 ahli tabligh dari Tawau diminta tampil bagi ujian saringan kesihatan 350 ahli tabligh dari Tawau diminta tampil bagi ujian saringan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583739496_COVID.jpg)
350 ahli tabligh dari Tawau diminta tampil bagi ujian saringan kesihatan
Seramai 350 ahli tabligh sekitar daerah Tawau yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling digesa melakukan saringan kesihatan.