Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong beberapa laporan positif yang sekali gus mempengaruhi prestasi mata wang selamat dolar AS, dengan peserta pasaran menjangkakan situasi kelembapan ekonomi terburuk akibat COVID-19 telah melepasi Asia dan negara maju.
Pada 9.11 pagi, ringgit berada pada 4.2900/2960 berbanding dolar AS daripada 4.3150/3200 semasa ditutup semalam.
Kenaikan harga minyak mentah global juga mendorong sentimen pasaran terhadap ringgit menjadi lebih baik.
Penganalisis Kanan Pasaran bagi Asia Pasifik, OANDA, Jeffrey Halley menerusi nota penyelidikan berkata harga minyak mentah meningkat semula dengan ketara pada Jumaat.
Beliau berkata minyak Brent dan WTI mencatatkan lonjakan hampir 90 peratus pada Mei selepas Presiden AS Donald Trump memutuskan perjanjian perdagangan AS-China kekal tidak terjejas pada Jumaat.
"Semalam kedua-dua kontrak itu meningkat semula didorong Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan dari China dan negara Asia lain yang menunjukkan data memberangsangkan. Justeru, gelombang baharu pembeli yang ramai dapat dilihat dalam dagangan pemulihan ekonomi di seluruh pasaran.
"Mengandaikan tiada laporan mengejutkan akan menjejaskan kenaikan itu, minyak mentah Brent diunjurkan mencecah paras AS$40 setong," katanya.
Beliau berkata penggunaan minyak dijangka meningkat dalam tempoh terdekat dengan data PMI menunjukkan pemulihan sektor pembuatan selain perintah berkurung berakhir di seluruh dunia.
Bagaimanapun, potensi suram bagi harga minyak mentah bergantung kepada mesyuarat OPEC+ yang diawalkan kepada 4 Jun ini daripada 9 hingga 10 Jun.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.3659/3747 daripada 5.3454/3533 ketika ditutup semalam namun naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0497/0544 daripada 3.0620/0660.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9866/9933 daripada 4.0099/0156 semalam dan tinggi berbanding euro kepada 4.7743/7827 daripada 4.7953/8021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 02 2020

Kenaikan harga minyak mentah global juga mendorong sentimen pasaran terhadap ringgit menjadi lebih baik.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

China pertimbang kenakan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS sebagai tindak balas - Laporan
China sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas produk pertanian dan makanan dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap rancangan Washington.

Pasaran hilang petunjuk? Lima strategi pelabur menghadapi ketidaktentuan
Sentimen global yang lemah, dasar perdagangan proteksionis, serta ketidak tentuan ekonomi menambah tekanan kepada pasaran.

Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.

Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,

Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.

Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.

AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.