Bekas Perdana Menteri itu juga bersyukur kerana diberi masa dan peluang untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
"Saya pohon maaf jika ada yang saya lakukan menyinggung mana-mana pihak," kata Dr Mahathir dalam catatan Facebooknya yang turut disertakan dengan sebuah video berdurasi lebih seminit memaparkan beberapa peristiwa ketika beliau mentadbir negara.
Sumber Facebook TunDrMahathir
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepadanya.
Dr Mahathir, yang merupakan Perdana Menteri keempat dan ketujuh dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. - BERNAMA