KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan sembilan sekolah antarabangsa, masing-masing dua di Kuala Lumpur dan tujuh di Selangor menerima ancaman bom menerusi e-mel pagi tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tujuh sekolah di Selangor itu melibatkan daerah Petaling Jaya, Kajang, Subang Jaya, Shah Alam dan Kuala Langat.
"Hasil siasatan di tempat kejadian sehingga 1 tengah hari tadi, tidak menemui sebarang bom di dalam sekolah-sekolah terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya e-mel itu adalah maklumat palsu yang hanya bertujuan menimbulkan kegusaran pihak sekolah dan ibu bapa.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi berkata Unit Pemusnah Bom sedang menjalankan tugasan flushing di dua sekolah antarabangsa di Wangsa Maju yang menerima ancaman bom hari ini.
Terdahulu tular mesej di laman sosial mengenai ancaman bom menerusi e-mel tanpa nama yang diterima beberapa sekolah antarabangsa antara pukul 10 dan 11 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tujuh sekolah di Selangor itu melibatkan daerah Petaling Jaya, Kajang, Subang Jaya, Shah Alam dan Kuala Langat. - Gambar fail
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Institusi pendidikan diarah perketat kawalan keselamatan - Hui Ying
Semua institusi pendidikan diarah mengetatkan sistem kawalan keselamatan sebagai langkah berwaspada susulan siri ancaman bom palsu di sekolah seluruh negara.
KPM jamin keselamatan di semua institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius ancaman keselamatan di beberapa sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.
Sekolah antarabangsa di Ipoh pula terima ancaman bom - Polis Perak
Polis Perak pula mengesahkan menerima laporan sebuah sekolah antarabangsa di sini menerima ancaman bom menerusi emel pagi tadi.
Dua sekolah antarabangsa di Pulau Pinang terima ancaman bom - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan dua buah sekolah antarabangsa di negeri itu menerima ancaman bom hari ini.
Sembilan sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom, polis sahkan ancaman palsu
Tujuh sekolah di Selangor itu melibatkan daerah Petaling Jaya, Kajang, Subang Jaya, Shah Alam dan Kuala Langat.
Sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom
Beberapa sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilaporkan menerima ancaman bom pada Selasa.
Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.
COVID-19: Sekolah Antarabangsa St. Joseph Kuching ditutup tujuh hari
Seorang pelajar Sekolah Antarabangsa St.Joseph Kuching disahkan positif COVID-19 selepas menerima jangkitan daripada ibunya.
Gara-gara tak tahu nama malaikat, PU Riz kena tukar sekolah
Dia kemudian ditukarkan sekolah oleh bapanya selepas menyedari dirinya gagal menjawab soalan asas berkaitan agama.
Semai pemikiran negatif, Teresa bidas sekolah antarabangsa
Ia susulan tindakan sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara menerusi persembahan dalam kalangan murid yang mempamerkan industri kelapa sawit negara menjadi punca kepupusan orang utan.