Bagaimanapun, Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 24, berkata, dia kemudian ditukarkan sekolah oleh bapanya selepas menyedari dirinya gagal menjawab soalan asas berkaitan agama.
"Selepas beberapa lama di sekolah antarabangsa ni, ada satu malam tengah buat persiapan untuk peperiksaan sejarah Mesir. Pada malam itu abah aku ada sekali dia pun tengok skop pelajaran aku. Salah satunya 'nama-nama dewa dan dewi', dan dia terkejut.
"Lepas tu, abah tanya nama-nama malaikat hafal? Meloponglah aku sebentar sebelum membalas 'manalah tahu'. Kemudian, cuba teka apa yang berlaku? Lusa tu dia tukarkan sekolah," katanya yang berkongsi cerita di Instagram.
Riz turut berkongsi gambar kenangannya bersama rakan-rakan lain sewaktu belajar di Sekolah Antarabangsa Sayfol, Kuala Lumpur.
Jelas Riz lagi, dia kemudian ditukarkan ke sekolah agama, Sekolah Al-Amin Keramat, Kuala Lumpur.
"Aku mula-mula masuk dengar satu juzuk ni kena hafal. Aku cakap memang taklah.
"Tapi kuasa Allah kan walaupun berbeza latar belakang dan persekitaran, Alhamdullillah aku antara pelajar yang okay di sekolah tu. Dapat jadi ketua pengawas lagi," ceritanya.
Bagaimanapun, kata Riz, dalam mana-mana sistem pendikan sekalipun ada kelebihannya tersendiri.
Cuma, ketika di sekolah agama, Riz mengakui jiwanya menjadi lebih tenang dengan penerapan budaya membaca al-Quran berbanding ketika di sekolah antarabangsa yang punya kurikulum yang disifatkan lebih ke arah gaya barat.