Berita palsu yang tular di seluruh platform media sosial yang memaparkan gambar kesesakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), disahkan palsu pada Selasa.
Menurut laman Twitter rasmi TBS, imej yang mendapat perhatian ramai itu merupakan visual yang diambil ketika perayaan Aidilfitri pada 2017.
Susulan itu, pihak TBS memandang serius berkaitan penularan berita-berita palsu dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung penularan berita palsu yang mengaitkan imej tersebut.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihati agar sentiasa peka dan prihatin agar tidak menyebarkan berita palsu sebegini kepada orang lain.
Juga, pihak terminal itu mengarahkan orang ramai agar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan keselamatan para penumpang sentiasa terjamin sebelum memulakan perjalanan mereka, berikut adalah langkah langkah yang sedang dan telah diambil oleh pihak TBS.
Terdahulu, gambar-gambar yang memaparkan situasi kesesakan dan kesibukan di terminal tersebut mencetuskan kebimbangan orang ramai yang mana lebih banyak kes kontak rapat mungkin tercetus berikutan kesesakan orang ramai yang berada di situ.
Faris Danial Razi
Tue Mar 17 2020
Pihak TBS memandang serius berkaitan penularan berita-berita palsu dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung penularan berita palsu yang mengaitkan imej tersebut. - Twitter @OfficialTBSBTS
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.
KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.
Satu kes Mpox dikesan dalam negara
Satu kes baharu jangkitan Mpox dikesan dalam negara menjadikan kes keseluruhan kini 12 kes sejak kali terakhir dilaporkan pada Julai 2023.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.
JKNNS akui berlaku kelewatan kemasukan pesakit ke wad HTJ, ambil tindakan segera
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengakui terdapat kelewatan kemasukan sebahagian pesakit ke wad di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada Jumaat lepas dan menyesali situasi itu.
Pengarah hospital disaran buat pemantauan, elak 'burnout' dalam kalangan doktor pelatih - Pakar
Pengarah hospital disaran melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital masing-masing.
KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
Jumlah itu termasuk 3,200 MO kontrak yang meletak jawatan untuk beralih ke jawatan tetap, selain doktor yang beralih ke bidang akademik.