SINGAPURA: Seramai 14 pemandu dan kelindan tujuh lori kendalian syarikat Malaysia dijatuhi hukuman penjara sehingga dua bulan, kerana menyeludup sejumlah 54,392 e-vaporiser (peralatan vape) dan komponen berkaitan ke republik itu.
Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) hari ini menyatakan kesemua tertuduh didakwa pada 28 Jun 2021, dengan nilai produk dianggarkan S$700,000, rampasan terbesar setakat ini.
"Produk terlarang itu disembunyikan di tempat duduk penumpang tujuh lori yang berdaftar di Malaysia digunakan untuk mengangkut ayam hidup ke Singapura," katanya.
Siasatan menunjukkan 14 penyeludup itu diarahkan ke lokasi tertentu di Singapura untuk menyerahkan barangan terbabit kepada perantara.
Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) melarang pengimportan, pengedaran, penjualan atau tawaran penjualan produk tembakau berbahaya atau tiruan. Ini termasuk e-vaporiser dan komponennya.
Mana-mana individu yang disabitkan bersalah boleh dikenakan denda hingga S$10,000, atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama, dan denda sehingga S$20,000, atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan kedua atau kesalahan berulang.
Sebuah portal berita Singapura pada 10 Jun melaporkan kesemua tertuduh itu adalah rakyat Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021

Seramai 14 pemandu dan kelindan tujuh lori kendalian syarikat Malaysia dijatuhi hukuman penjara sehingga dua bulan, kerana menyeludup peralatan vape dan komponen berkaitan ke Singapura. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Seludup vape dari Malaysia, 14 dipenjara di Singapura
Kesemua tertuduh didakwa pada 28 Jun 2021, dengan nilai produk dianggarkan S$700,000, rampasan terbesar setakat ini.