Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) senada dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan memberikan cuti bersalin sebulan untuk bapa dengan bayaran gaji penuh.
Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata cuti tujuh hari yang diberikan ketika ini tidak memadai dan perlu dinaikkan demi kebajikan pekerja dan isteri kakitangan berkenaan.
Justeru, Cuepacs menggesa kerajaan mewujudkan polisi baharu mengenai cadangan berkenaan atau untuk di peringkat awal, kerajaan dicadang untuk meminda Akta Kerja 1955 untuk memasukkan terma mengenai cuti bersalin untuk bapa untuk kakitangan kerajaan mahupun swasta.
"Cuepacs menyokong cadangan MTUC ini sebab banyak perkara telah bertukar. Dulu negara sebelum ini berasaskan pertanian dan pada masa akan datang digital akan menjadi hab ekonomi yang paling penting kerana dalam sektor awam dan swasta dominasi dua sektor ini adalah wanita. Dalam soal ini , kita sokong jika satu undang-undang digubal untuk melihat sama ada kebajikan kepada wanita berkerjaya supaya mereka dapat pembelaan selepas bersalin," katanya semasa dihubungi Astro AWANI.
Beliau juga menyifatkan Akta Kerja 1955 perlu melalui pindaan dengan mengambil kira situasi pada masa sekarang.
"Tahun 1955 mana ada kerajaan digital. Oleh kerana itu perubahan ini tidak boleh ditolak. Jadi adalah baik sekiranya kerajaan melihat perkara ini dimasuk ke dalam pindaan undang-undang untuk memberi perlindungan yang lebih kepada pekerja," ujarnya.
Bagaimanapun, jika cadangan berkenaan diluluskan kelak, beliau berharap pekerja terlibat tidak mensia-siakan cuti sebulan yang diberikan untuk menjaga isteri selepas bersalin.
"Contohnya kalau dia dapat cuti lebih tujuh hari, tetapi dia tidak jaga isteri dia dan anaknya. Ini yang ditakuti akan menggangu proses," ujarnya.
Justeru, beliau berharap kerajaan memberi perhatian dan membuka seluas-luasnya kepada cadangan Cuepacs dan MTUC berkenaan.
"Wajar kalau kita letak negara kita setaraf dengan negara-negara yang telah mengamalkan cuti bersalin untuk bapa termasuk negara di Scandinivia, Finland, Belgium dan sebagainya," tambahnya.
Pada Sabtu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar cuti bersalin untuk bapa diberikan selama sebulan kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh.
Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata ia berikutan cuti sedia ada yang diperuntukkan untuk pekerja disifatkan sebagai tidak mencukupi.
Justeru, katanya, kerajaan perlu mewujudkan satu undang-undang berkaitan bagi memastikan cuti bersalin untuk bapa dengan bayaran gaji penuh dikuat kuasa dalam akta berkenaan.
Cadangan MTUC itu juga susulan kebanyakan kes melibatkan pospartum psikosis yang dihadapi ibu-ibu selepas bersalin sehingga ada yang bertindak mencederakan atau lebih dahsyat lagi membunuh bayi mereka.
Bagaimanapun, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tidak menyokong cadangan berkenaan kerana dikatakan akan memberi kesan kepada operasi syarikat dan majikan.
Rahimah Abdullah
Sun Mar 26 2017
Datuk Azih Muda,berkata cuti tujuh hari yang diberikan ketika ini tidak memadai dan perlu dinaikkan demi kebajikan pekerja dan isteri kakitangan berkenaan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
Akta Kerja 1955 benarkan pekerja mohon aturan kerja anjal - SIM
Pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.
Perbincangan selaraskan Ordinan Buruh Sarawak di peringkat akhir - Steven Sim
Perbincangan untuk menyelaraskan Ordinan Buruh Sarawak dengan Akta Kerja 1955 kini di peringkat akhir, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kes sebegini.
JTKS keluar 1,660 kertas siasatan berkaitan Akta Kerja 1955, Akta 446 dan PGM 2022
Selangor mencatat jumlah kertas siasatan tertinggi dengan 306 kes, diikuti Johor dengan 294 kertas siasatan dan Perak 220 kertas siasatan.
Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Waktu kerja fleksibel: Bukan paksaan tapi galakan - Sivakumar
Tiada sebarang paksaan terhadap majikan untuk melaksanakan waktu kerja fleksibel selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang akan dilaksanakan.
Gagal patuhi tempoh bayaran gaji pekerja, AIROD didenda RM66,000
Mahkamah Majistret mendenda AIROD Sdn Bhd sebanyak RM66,000 selepas syarikat itu mengaku bersalah atas 44 pertuduhan gagal mematuhi tempoh pembayaran gaji pekerja.
Tangguh pelaksanaan Akta Kerja, majikan perlukan masa selesaikan isu kekurangan pekerja - Saravanan
Penangguhan pelaksanaan Akta Kerja dari 1 Sept depan kepada 1 Jan 2023 bertujuan memberi ruang kepada majikan untuk menyelesaikan isu berkaitan kekurangan tenaga buruh.
Kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu dapat kelulusan JTKSM mulai 1 Sept - Saravanan
Kemasukan pekerja asing profesional atau bukan profesional ke negara ini perlu mendapat kelulusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mulai 1 September depan.
Pekerja boleh buat pemohonan AKF untuk bekerja secara fleksibel - Awang Hashim
Permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.