KUALA LUMPUR: Selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, kini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula memulakan tindakan mahkamah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.
Menurut Teresa, beliau telah mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada Siti Mastura dan memberi beliau masa tiga hari untuk membalasnya.
Tambahnya, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang surat permohonan maaf selepas Ahli Parlimen itu mengeluarkan kenyataan mengaitkan dirinya dan beberapa pemimpin DAP lain sebagai saudara kepada Chin Peng dan menyebarkan ideologi komunis.
“Tentang kenyataan yang dibuat itu, saya telah arahkan peguam saya untuk ambil tindakan ‘defamation’ (fitnah) terhadap beliau.
“Kenyataan yang dibuat oleh Siti Mastura sebenarnya berbaur hasutan…bukan saja perkauman tetapi berbaur hasutan.
“Ini kerana dia mengaitkan saya dan rakan-rakan DAP saya sebagai orang yang menyebarkan ideologi komunisme.
“Kita tahu ideologi komunisme ini sememangnya tidak sejajar dengan sistem demokrasi negara kita. Dia juga nak beritahu orang, kami nak cuba rosakkan sistem demokrasi negara kita,” katanya.
Tambah beliau, Siti Mastura masih belum menarik kenyataan beliau dan kerana itu, beliau membuat keputusan untuk memulakan tindakan mahkamah terhadapnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Parlimen pada Khamis.
Ridauddin Daud
Thu Nov 16 2023

Selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, kini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula memulakan tindakan mahkamah kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

Teresa Kok saman fitnah Akmal Saleh isu halal
Naib Presiden DAP, Teresa Kok memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lalu, berhubung isu sijil halal.

Kontroversi pensijilan halal berlaku sebab salah faham - Teresa
Teresa menyerahkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi penjelasan mengenai isu itu.

Pensijilan halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN
Kertas siasatan membabitkan Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh
Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.

Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.

Sijil halal boleh untuk Islam dan bukan Islam, bertepatan fitrah - Fauwaz Fadzil
Sepatutnya tidak timbul sebarang masalah berkaitan sijil halal untuk perniagaan orang Islam dan bukan Islam memandangkan ia bertepatan dengan fitrah manusia.

Isu sijil halal: Teresa Kok pertimbang tindakan undang-undang terhadap Akmal Saleh
Teresa Kok sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada barisan peguam.

Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok
Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.

Isu sijil halal: Kertas siasatan Teresa Kok dirujuk kepada AGC dalam 2 hari - KPN
Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh dua hari untuk tindakan lanjut.