SHAH ALAM: Hampir menjadi ‘tragedi’ apabila sepasang suami isteri terlupa akan keberadaan anak mereka di dalam kereta selepas hampir 15 minit keluar daripada kenderaan itu.
Video berdurasi satu minit 41 saat tular di laman sosial TikTok memaparkan ahli keluarga kanak-kanak berkenaan bergegas keluar rumah apabila menyedari anak mereka yang berusia tiga tahun itu ada di dalam kereta.
“Sejarah hidup tidak pernah lupa, tapi kali ini menjadi pengajaran. Anak tertidur dalam kereta bahagian belakang selama 15 minit. Semuanya selamat,” tulisnya @farishal83.
Mengulas mengenai kejadian itu, @farishal83 berkata, dia dan ahli keluarga tersedar akan ketiadaan si kecil ketika mahu bersalam-salaman dengan ayahnya sebelum berangkat pulang ke kampung.
“Tengah bersalaman dengan atok, atok nak balik. Tiba-tiba rasa sunyi dan nak salam yang kecil tiada.
“Mama teringat dalam kereta sebab ikut pergi hantar kakak ke sekolah. 15 hingga 20 minit tengah panas panas, nasib tingkap ada terbuka,” katanya.
Bagaimanapun @farishal83 menjelaskan bahawa hal berkenaan merupakan suatu perkara di luar jangka.
Menurutnya, keadaan itu mungkin disebabkan kesibukan menyambut bulan Ramadan dan diikuti dengan bermulanya sesi persekolahan.
“Moga menjadi pengajaran buat semua termasuk diri sendiri. Biasalah awal persekolahan dan awal Ramadan. Semua kelam kabut mengurus,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, Sinar Harian mendapati, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa syukur kerana tidak melibatkan nyawa.
“15 minit dalam kereta yang diletakkan tengah panas panas itu sudah dikira lama. Alhamdulillah semua selamat. Kadang-kadang dilema nak letak ‘car seat’ anak dekat depan atau belakang sebab trauma kes lupa macam ini,” kata @anna.nazry.
“Nasib baik ingat. Ya-ALLAH sekarang ini musim panas pula,” tulis @noorshakila268.
Dalam pada itu, turut ada pengguna media sosial berkongsi kisah sama yang meragut nyawa.
“Tengok video ini, teringat arwah anak saudara saya berumur dua tahun. Pakcik sebelah ayah harap si kakak berumur empat tahun kejut bangun (kejut si adik). Sampai ke petang ayahnya balik kerja baru cari. Tengok dalam kereta dah meninggal,” kongsi @mawar5636. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 19 2024

Pemilik akaun @farishal83 memuat naik rakaman CCTV yang memaparkan dia bersama isteri berlari ke kereta untuk menyelamatkan anaknya selepas 15 minit berada dalam kenderaan itu. - Foto TikTok/@farishal83

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Selepas 15 minit bapa tersedar tertinggal anak dalam kereta
Keadaan itu mungkin disebabkan kesibukan menyambut bulan Ramadan dan diikuti dengan bermulanya sesi persekolahan.

Budak maut dalam kereta, polis rakam keterangan lima individu
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu, sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

Kanak-kanak 2 tahun maut, dipercayai tertinggal lebih 7 jam dalam kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, pada Rabu.

Bayi perempuan maut tertinggal dalam kereta
Seorang bayi perempuan berusia setahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus semalam.

Bayi 12 bulan maut kepanasan ditinggalkan dalam kereta
Bayi berusia 12 bulan didapati maut selepas ditinggalkan ibunya di dalam kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah.