PETALING JAYA: Polis telah merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan maut akibat tertinggal lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara di sini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu, sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.
"Setakat ini, kita telah merakam keterangan lima individu termasuk ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan, kita dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada DPP," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Pada Rabu lalu, Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, laporan dibuat ibu mangsa kira-kira jam 3.49 petang mendakwa anaknya berumur dua tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.
Siasatan dijalankan mendapati kira-kira jam 7 pagi, wanita terbabit membawa dua anaknya bersama mangsa untuk dihantar ke sekolah berhampiran sebelum menuju ke sebuah tadika untuk menghantar mangsa.
Bagaimanapun ketika wanita terbabit tiba di tadika, dia kemudiannya berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa untuk menurunkan mangsa.
Wanita terbabit kemudiannya terus bergerak pulang ke rumahnya tanpa menyedari mangsa berada dalam kenderaan yang dipandunya itu.
Ibu mangsa hanya menyedari mangsa berada dalam kereta kira-kira jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bapa mangsa kemudian menghubungi talian kecemasan 999 serta memberikan rawatan awal terhadap mangsa sebelum petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak polis tiba di lokasi kejadian.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023

Pada Rabu lalu, laporan dibuat ibu mangsa kira-kira jam 3.49 petang mendakwa anaknya berumur dua tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Budak maut dalam kereta, polis rakam keterangan lima individu
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu, sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.