Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti kira-kira 1,500 pengamal fahaman Syiah di seluruh negara dengan yang paling aktif ialah di Selangor, Perak dan Johor.
Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan (Akidah) Jakim, Mohd Aizam Mas'od berkata Jakim kini menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri bagi mengambil tindakan perundangan terhadap mereka yang telah dikenal pasti itu.
"Walau bagaimanapun pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri menghadapi masalah untuk mendakwa mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu membicarakan isu fahaman Syiah pada seminar mengenai 'Akidah Ummah' anjuran bersama Jakim, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Penerbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd.
Ia dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim Datuk Razali Shahabudin.
Mohd Aizam berkata bagi mengatasi masalah tersebut, Jakim akan mengadakan perbincaangn dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi mencari jalan untuk mengatasinya.
Beliau berkata hebahan melalui media mengenai fahaman Syiah serta pemantauan Jabatan Agama Islam negeri-negeri yang ketat, telah memberi kesan kepada perkembangan fahaman itu di negara ini.
Mereka kini semakin berhati-hati dalam menjalankan aktiviti mereka, katanya.
"Apa yang penting kita melakukan pemantauan dan tindakan tegas yang membuktikan kesungguhan pihak berkuasa membanteras ajaran sesat ini," katanya.
Bernama
Sat Dec 14 2013
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
Persidangan Ulama Sedunia dijadualkan pada 7 dan 8 Mei - Fahmi
Muslim World League akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
MKI tubuh empat jawatankuasa bagi perkasa pengurusan hal ehwal Islam
Empat jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam, Muzakarah, Perundangan Islam dan Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan.
Jakim teliti guru KAFA guna pelajar sebagai kandungan TikTok
Sebarang aktiviti yang membabitkan pembelajaran dan pengajaran melibatkan guru dan murid harus memberi fokus kepada silibus sedia ada.
Adegan 'panas' drama 'Perempuan Itu': Pas sokong penuh tindakan JAKIM
Pas menyokong penuh penentangan keras JAKIM terhadap penyiaran video sedutan drama "Perempuan Itu" berbaur lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.
Adegan panas: Jakim panggil Zul Ariffin, produksi drama 'Perempuan Itu'
Jakim akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk pelakonnya Zul Ariffin serta Siti Hariesa berkait adegan 'panas' yang bercanggah dengan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.
Jakim kaji kemungkinan guru KAFA belum vaksin dikecuali pengajaran bersemuka
Guru-guru KAFA dinasihat ambil vaksin COVID-19 demi keselamatan semua pihak khususnya golongan murid.
Bantuan kepada rakyat Palestin dipergiat menerusi program Musa'adah 3.0 - Zulkifli
Pengagihan bantuan untuk rakyat Palestin di Malaysia dan yang berada di Palestin akan dipergiat di bawah program Musa'adah 3.0.
Jakim pandang serius iklan promosi judi, seru masyarakat tidak tularkan klip video
Jakim menyeru seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar tidak menularkan klip iklan Hari Raya promosi judi yang tular di media sosial kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik.
Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik Ketua Pengarah JAKIM
Pelantikan itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober tahun lalu.
Jakim sedia pelan tindakan tangani isu daging seludup
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyediakan pelan tindakan khusus untuk menangani isu daging seludup yang tidak berlogo dan diiktiraf.