Kuala Lumpur:Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baharu.
Mengumumkan pelantikan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Abdul Aziz menggantikan Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober lalu.
"Abdul Aziz dipilih berdasarkan pengalaman luas selama 34 tahun berkhidmat di JAKIM dan mempunyai integriti tinggi dengan rekod bersih dan cemerlang.
"Beliau menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan amat disenangi rakan strategik utama JAKIM dalam kalangan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan juga warga JAKIM.
"Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1985 dan mempunyai Sijil Kaunseling dan Pengurusan Agama daripada Muslim College, London pada tahun 2003," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Zulkifli, antara jawatan penting yang pernah disandang Abdul Aziz adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2018 hingga 2020, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) (2017 - 2018), Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak (2013 - 2017 dan Atase Agama, Bahagian Agama, Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta, Indonesia (2009 - 2013).
"Dengan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia, kerajaan yakin beliau mampu menerajui JAKIM sebagai Agensi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutuan.
"Ini bagi menjunjung Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Shah sempena pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
"Baginda mahu kerajaan mewujudkan pentadbiran agama Islam yang inklusif, progresif, membentuk hubungan etnik dan agama yang harmoni, menyantuni kemanusiaan dan peradaban ke arah kesejahteraan sejagat" katanya.
Zulkifli turut mewakili pihak kerajaan menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada keluarga Allahyarham Paimuzi atas jasa dan sumbangan cemerlang beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam semasa hayatnya.
Afiezy Azaman
Fri Jan 15 2021

Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang baharu.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan - Mohd Na'im
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Feb lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
JAKIM mengambil serius terhadap isu tular membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada Ahad.

Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.

BLACKMORES peroleh pensijilan halal JAKIM, perkukuh kepercayaan pengguna
BLACKMORES mencatat sejarah sebagai jenama kesihatan semula jadi buatan Australia pertama yang menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi
JAKIM menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah.

Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.

JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.

Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.