SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini diberitahu bahawa sebanyak 1,506 projek perkilangan telah diluluskan di negeri itu dengan nilai pelaburan berjumlah RM88.88 bilion bagi tempoh 2018 hingga Jun 2023.
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM35.88 bilion adalah daripada modal pelaburan tempatan dan RM53.0 bilion adalah modal pelaburan asing.
"Sebanyak 95,610 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada projek-projek perkilangan yang diluluskan ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Pua Pei Ling (PH-Bukit Lanjan) berkenaan kadar pelaburan antarabangsa di Selangor di antara tahun 2018-2023.
Ng berkata antara perancangan dan tindakan kerajaan negeri untuk meningkatkan kadar pelaburan antarabangsa adalah dari segi penyediaan polisi seperti Rancangan Selangor Pertama (RS-1), pelan pembangunan wilayah baharu seperti Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) serta program tahunan berskala besar seperti Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor dan Pameran Penerbangan Selangor.
"Selain itu, kerajaan negeri juga giat menjalankan program promosi penggalakan pelaburan melalui pertemuan secara fizikal mahupun maya dengan dewan-dewan perniagaan di Malaysia dan di luar negara termasuk misi-misi pelaburan yang akan terus diatur serta dilaksanakan.
Bagi sektor perkhidmatan pula, Ng berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti sektor yang berpotesi untuk berkembang di Selangor antaranya industri perkhidmatan logistik dan pelaburan digital seperti perkhidmatan perniagaan global (GBS), pusat data serta teknologi kandungan kreatif.
"Bagi sektor pembangunan sains hayat pula, program 'Selangor Lab Partnership' diperkenalkan untuk merapatkan jurang antara institusi pendidikan dan industri supaya penyelidikan dapat diusahakan secara kolaborasi yang lebih jitu dan produk-produk dapat mencapai keberhasilan untuk dipasarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023

Sze Han berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM35.88 bilion adalah daripada modal pelaburan tempatan dan RM53.0 bilion adalah modal pelaburan asing. - Gambar fail/Bernama

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Selangor cadang lima peratus dana rizab persekutuan diberi kepada negeri-negeri
Kerajaan negeri Selangor mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan lima peratus daripada dana rizab persekutuan untuk diberikan kepada kesemua negeri.

Belanjawan: Selangor kenal pasti jajaran utama bagi projek Rel Kita Selangor
Kerajaan Selangor kenal pasti jajaran utama bermula dari Sabak Bernam hingga ke Negeri Sembilan bagi pelaksanaan projek Rel Kita Selangor.

Pemulihan kanak-kanak GISB: Selangor tubuh pasukan khas
Penubuhan pasukan khas itu berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Okt lepas.

Sasar 50,000 usahawan sertai Platform Selangor pada 2025 - MB Selangor
Kerajaan negeri turut memperuntukan RM5 juta pada tahun ini bagi membantu para usahawan yang terlibat.

Kempen ‘GUARD OUR FUTURE’ KAO tiba di Malaysia, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor banteras denggi
61,080 produk Biore GUARD Mos Block Serum disumbangkan bersama penganjuran program pendidikan dan kesedaran di 50 sekolah serata Selangor.

Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Kerajaan anjur Program Madani Rakyat Zon Tengah pada 23 - 25 Feb ini
Program Madani Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Baucar buku kepada mahasiswa Selangor minggu depan - MB
Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada mahasiswa di negeri itu pada minggu hadapan.

Selangor bangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah
Smart Selangor Delivery Unit akan membangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah di setiap Pejabat Daerah dan Tanah negeri itu.

Penjawat awam Selangor wajar dapat insentif setanding pencapaian negeri - Amirudin
Menteri Besar Selangor membayangkan penjawat awam negeri itu bakal menerima insentif setanding pencapaian kerajaan negeri.