PETALING JAYA: Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memastikan lebih ramai pekerja berpeluang memperoleh latihan kemahiran dan ditawarkan pekerjaan bergaji tinggi, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
"Atas sebab itu kita berusaha menambah baik ekosistem TVET untuk memastikan kita dapat menarik pelajar berpotensi serta melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dan menawarkan pekerjaan bergaji tinggi kepada mereka.
"Kita akan bekerja keras dan memastikan institusi pendidikan itu setara dengan kehendak industri. Kita mahu apa dikehendaki industri dan apa ditawarkan industri setanding," katanya.
Amirudin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo Pendidikan TVET dan Kerjaya Badan Beruniform di sini, hari ini.
Amirudin berkata kerajaan negeri juga mempunyai perancangan menaik taraf Universiti Selangor (UniSel) menjadi universiti teknikal dan vokasional serta membangunkan modul program yang ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) untuk memenuhi permintaan industri.
"Selepas itu kita akan masuk ke sekolah menengah supaya kita dapat membentuk pelajar tingkatan tiga hingga lima. Ini sebahagian usaha untuk memperkasakan ekosistem teknikal dan vokasional yang dilaksanakan.
"...Ini antara perkara terkandung dalam Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun Selangor yang saya bentangkan sebelum pilihan raya (tahun lepas) untuk menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Ekspo Interaktif Pendidikan TVET dan Kerjaya Badan Beruniform di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini. - Foto Bernama
Restoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri
Kim Seri berkata kerugian itu mula ditanggung sejak Februari lalu berikutan ulasan buruk yang diterima daripada pelanggan mengenai restorannya.
Tragedi rempuhan sempena agihan makanan pra-Krismas ragut 67 nyawa di Nigeria
Tragedi rempuhan untuk mendapatkan makanan percuma telah meragut nyawa 67 rakyat Nigeria sepanjang tempoh pra-Krismas.
Dua dekad tsunami: Aceh bangkit dengan ilmu, semangat anak muda
Aceh berjaya berdikari dengan bantuan yang diberikan 20 tahun dahulu, menerusi pelbagai peluang perniagaan yang dimonopoli anak muda, khususnya berkaitan pelancongan.
Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam, mendapat perhatian ahli parlimennya, Steven Sim.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Disember 2024.
Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.
Angka kematian di Nigeria meningkat kepada 32 orang
Angka kematian akibat tragedi rempuhan semasa acara amal Krismas di Nigeria meningkat daripada 13 kepada 32 individu setakat ini. Perkara itu dinyatakan polis dalam kenyataan pada Ahad.
Empat kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Empat kanak-kanak Palestin antara lima mangsa yang terkorban dalam serangan terbaharu tentera Israel di Jabalia, utara Gaza pada pagi Ahad. Jumlah mangsa itu seperti yang dinyatakan oleh Agensi Berita Palestin (WAFA) yang turut mengesahkan kejadian itu.
Trump ancam ambil semula terusan Panama jika caj tinggi
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan Amerika sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Empat maut, helikopter terhempas di hospital di Turkiye
Sebuah helikopter terhempas di sebuah hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
Selangor cadang lima peratus dana rizab persekutuan diberi kepada negeri-negeri
Kerajaan negeri Selangor mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan lima peratus daripada dana rizab persekutuan untuk diberikan kepada kesemua negeri.
Belanjawan: Selangor kenal pasti jajaran utama bagi projek Rel Kita Selangor
Kerajaan Selangor kenal pasti jajaran utama bermula dari Sabak Bernam hingga ke Negeri Sembilan bagi pelaksanaan projek Rel Kita Selangor.
Pemulihan kanak-kanak GISB: Selangor tubuh pasukan khas
Penubuhan pasukan khas itu berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Okt lepas.
Sasar 50,000 usahawan sertai Platform Selangor pada 2025 - MB Selangor
Kerajaan negeri turut memperuntukan RM5 juta pada tahun ini bagi membantu para usahawan yang terlibat.
Kempen ‘GUARD OUR FUTURE’ KAO tiba di Malaysia, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor banteras denggi
61,080 produk Biore GUARD Mos Block Serum disumbangkan bersama penganjuran program pendidikan dan kesedaran di 50 sekolah serata Selangor.
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Kerajaan anjur Program Madani Rakyat Zon Tengah pada 23 - 25 Feb ini
Program Madani Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Baucar buku kepada mahasiswa Selangor minggu depan - MB
Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada mahasiswa di negeri itu pada minggu hadapan.
Selangor bangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah
Smart Selangor Delivery Unit akan membangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah di setiap Pejabat Daerah dan Tanah negeri itu.
Penjawat awam Selangor wajar dapat insentif setanding pencapaian negeri - Amirudin
Menteri Besar Selangor membayangkan penjawat awam negeri itu bakal menerima insentif setanding pencapaian kerajaan negeri.