KUALA LUMPUR: Sekolah vernakular bukan satu faktor yang menjurus ke arah perpecahan, sebaliknya ia menjadi tarikan ke arah perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata data enrolmen pelajar bukan Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan pelajar bukan India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menunjukkan peningkatan berterusan sejak 2018 hingga 2023, yang membuktikan bahawa perpaduan rakyat mampu dibina di mana sahaja jika ada kesungguhan semua pihak.
"Kementerian telah melaksanakan Wacana Defisit Sosial dengan menampilkan pakar-pakar bidang pada tahun lepas. Hasil dapatan menunjukkan kewujudan sekolah vernakular tidak boleh lagi dianggap sebagai pembuka ruang pemisah antara etnik, sebaliknya ia perlu turut menjadi medan mengurus kerukunan sosial sama seperti peranan sekolah kebangsaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya mengurus kerukunan sosial bergantung kepada empat perkara iaitu penyesuaian (adaptability), matlamat, integrasi, dan terpendam (latency).
"Justeru sektor pendidikan vernakular perlu mampu menguruskan keempat-empat perkara ini bagi mewujudkan kerukunan sosial di sekolah mereka," katanya.
Aaron turut meminta semua pihak untuk menghentikan serta-merta polemik berhubung kewujudan sekolah vernakular di negara ini kerana ia akan menggugat semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Katanya pada Nov 2023 Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Mandarin serta bahasa Tamil di sekolah berkenaan adalah berperlembagaan.
"Sebarang usaha memansuhkan kewujudannya adalah tidak wajar, malah ia adalah bertentangan dengan keputusan mahkamah yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.
"Saya juga menyokong penuh pendirian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus mempertahankan sistem pendidikan vernakular kerana ia selaras dengan Seksyen 28 (penubuhan Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan), Akta Pendidikan 1996," katanya.
Beliau turut memaklumkan kementeriannya telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pendidikan Rukun Negara melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Komunikasi yang bertujuan meletakkan kembali penghayatan asas dan prinsip Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara.
Aaron berkata sehingga kini, kementerian itu dengan kerjasama KPM dan KPT telah menubuhkan 6,849 Kelab Rukun Negara (KRN) dan 189 Sekretariat Rukun Negara (SRN) di seluruh negara bagi meningkatkan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan generasi muda.
"Tahun ini Kementerian menerusi agensinya akan melipatgandakan usaha meningkatkan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat supaya ia menjadi amalan hidup seharian," katanya.
Antara inisiatif yang akan dilaksanakan tahun ini adalah Eksplorasi Rukun Negara; Program Raja Kita; Raja Kita, Payung Kita; Pameran Arkib Diraja: Simbol Perpaduan Negara dan Konvensyen Sekretariat Rukun Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024

Sekolah vernakular bukan satu faktor yang menjurus ke arah perpecahan, sebaliknya ia menjadi tarikan ke arah perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang. - Gambar fail/BERNAMA
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Pelajar sekolah vernakular tidak berdepan masalah kuasai Bahasa Melayu - KPM
Pertandingan Forum Pelajar dan Festival Bahasa dan Sastera memupuk penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar SMPC, SJKC dan SJKT.

Isu sekolah vernakular: Polis selesai rakam keterangan Teo Kok Seong
Keterangan diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.

Kantin dibuka: Saya tak mahu anak bukan Islam makan dalam stor - Fadhlina
Fadhlina berkata perkara itu bukan dasar baharu dan ia hanya dilaksanakan khusus untuk sekolah yang mempunyai murid bukan Islam.

Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin Nasution
Satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.

Sekolah vernakular tarikan perpaduan negara, bukan pemisah etnik - Aaron
Sekolah vernakular bukan satu faktor yang menjurus ke arah perpecahan, sebaliknya ia menjadi tarikan ke arah perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

KPM tetap iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan mengambil maklum gesaan sesetengah pihak untuk mengkaji semula sistem pendidikan vernakular.

Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan sekolah vernakular berperlembagaan
Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini gagal dalam permohonan untuk mengisytiharkan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak

Sekolah vernakular: Dua pertubuhan mohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Mereka merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan bagi pengisytiharan bahawa sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak berperlembagaan.

Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil
Mahkamah Rayuan putuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar sah dengan Perlembagaan Persekutuan.