PUTRAJAYA: Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini gagal dalam permohonan untuk mengisytiharkan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak berperlembagaan.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Datuk Mary Lim Thiam Suan dalam keputusan majoriti 2-1 menolak permohonan kebenaran merayu dikemukakan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Ini bermakna penghakiman Mahkamah Rayuan pada 23 Nov tahun lepas, bahawa penggunaan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pengajaran di sekolah berkenaan tidak dilarang di sekolah jenis kebangsaan atau sekolah vernakular adalah kekal.
Hakim Lim yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Rhodzariah Bujang menolak permohonan kedua-dua pemohon (Mappim dan Gapena) manakala Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil pula membuat keputusan bertentangan.
Hakim Lim yang membacakan keputusan majoriti itu berkata mahkamah berpandangan bahawa Mappim dan Gapena gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberikan kebenaran merayu berhubung persoalan perlembagaan yang telah dipinda oleh pemohon.
"Oleh itu, permohonan kebenaran merayu ditolak tanpa kos," kata Hakim Lim.
Sebelum ini, kedua-dua NGO itu, menerusi peguamnya Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengemukakan lapan persoalan iaitu enam persoalan perlembagaan dan dua persoalan undang-undang namun persoalan itu kemudian dipinda dan hanya satu dikemukakan kepada mahkamah.
Persoalan perlembagaan itu adalah sama ada bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), merupakan urusan rasmi dan tertakluk kepada kewajipan di bawah Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan untuk semua urusan rasmi.
Pada 29 Dis 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman yang dikemukakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mappim, Gapena dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan memutuskan penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah berkenaan adalah berperlembagaan.
Pada 29 Mei 2022, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bahru, Kelantan, Abazafree Mohd Abbas (kini Hakim Mahkamah Tinggi) juga memutuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah berperlembagaan dan menolak saman yang difailkan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru).
Bagaimanapun, keempat-empat NGO itu melainkan GPMS memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan manakala Isma dan I-Guru tidak mengemukakan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Dalam saman yang difailkan pada Disember 2019, GPMS, Mappim dan Gapena serta Isma menamakan beberapa pihak termasuk kerajaan, persatuan pendidikan Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia dan Persatuan Tamilar Thurunal (Perak) sebagai defendan.
Bagi I-Guru pula, pertubuhan itu menyaman Menteri Pendidikan, Kerajaan Malaysia, memohon perisytiharan bahawa Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 tidak konsisten dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah.
Majlis Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil Neri dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil, MCA dan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dibenarkan sebagai pencelah dalam saman yang difailkan I-Guru.
Pada prosiding hari ini, hanya responden ke-11 dan ke-12 iaitu Persatuan Gabungan Kebajikan Guru-Guru Bersara Sekolah Tamil Malaysia serta Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Tamil Neri Malaysia dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia (Pertama) menyokong pemohonan kebenaran itu manakala 10 responden lain termasuk Menteri Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia membantah.
Terdahulu, Mohamed Haniff Khatri berhujah bahawa permohonan kebenaran itu membabitkan perkara berkepentingan awam yang tidak pernah dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak sejak merdeka lagi.
Menurut peguam itu, ia perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk didengar supaya boleh diputuskan oleh mahkamah tertinggi di negara ini.
"Kalau ada keputusan di Mahkamah Persekutuan, mungkin ia tidak akan dicabar lagi...tetapi jika permohonan ini hanya diputuskan di Mahkamah Rayuan, mungkin akan ada cabaran dalam masa 10 tahun akan datang iaitu ada pihak yang membawa isu sama ke mahkamah," katanya.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin yang mewakili kerajaan dan Menteri Pendidikan berhujah tiada merit dalam permohonan pemohon dan kedua-dua NGO tersebut gagal membuktikan kes berkenaan mempunyai kepentingan awam.
"Saya mendapat arahan daripada anak guam saya untuk menentang permohonan ini kerana mereka mahu memelihara dan menyelenggara sekolah vernakular," katanya.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang bertindak bagi Chong Hwa Independent High School, Kuala Lumpur berkata beliau telah menerima arahan untuk menentang persoalan itu kerana terdapat perbezaan antara isu politik dan undang-undang.
"Tidak perlu mahkamah memberi kebenaran untuk mendengar isu perlembagaan," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Panel tiga hakim dalam keputusan majoriti 2-1 menolak permohonan kebenaran merayu dikemukakan Mappim dan Gapena terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. -Gambar hiasan
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tukang gunting yang membunuh seorang bayi perempuan dikenali 'Zara'.
Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.
Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun
Seorang suri rumah dan bekas kekasihnya yang didapati bersalah membunuh suami wanita itu ketika mangsa sedang tidur terlepas tali gantung.
Permohonan Majlis Peguam untuk kebenaran merayu rujuk isu perlembagaan ditolak Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap penolakan permohonannya merujuk beberapa persoalan perlembagaan.
Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Julai untuk mendengar rayuan bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan terhadap penolakan keputusan yang mengisytiharkan penahanan 16 harinya di bawah Akta Pencegahan
Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati me
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan oleh S. Sivakumar dan M. Rajasegaran.