Susulan berita mengenai serangan histeria ke atas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 (SMKPC2) minggu lalu, beberapa pengamal perubatan Islam dan dukun sudah memulai sesi menghalau makhluk halus di sekolah tersebut.
Antara yang tampil memberi khidmat ialah pengamal perubatan Islam, Datuk Seri Baharudin Abu yang mengambil pendekatan berbeza dalam mengatasi fenomena gangguan tersebut.
Jika pengamal perubatan lain menumpukan rawatan di kawasan sekolah dan sekitar, Baharudin pula membuat rawatan terus di rumah individu terbabit.
Menurut Baharudin, histeria adalah berkait rapat dengan penjagaan kebersihan diri, dan jika ia diabaikan, ia akan memudahkan mahkluk halus mendekati mangsa.
“Saya hadir ke rumah mangsa histeria Sekolah Pengkalan Chepa, dan pendekatan saya lebih kepada individu, bukan kawasan sekolah, sebab masalah histeria adalah masalah diri sendiri, bukan dari persekitaran kawasan.
“Puncanya, kurang menjaga kebersihan diri dan kurang mendekatkan diri dengan Allah.
“Bila jiwa kosong, mudah makhluk halus menembusi jasad tersebut," kata Baharudin.
Pengasas Pusat Perubatan Islam Al-Qalam itu turut menasihatkan para pelajar di sekolah yang terbabit dengan gangguan histeria supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dengan sentiasa berwuduk, membaca Al-Quran, dan mendekatkan diri dengan Allah.
Bagi pelajar Tingkatan Dua SMKPC2, Asma Raihan Rahimi, beliau berasa lebih selesa selepas menerima rawatan daripada Baharudin.
Beliau yang merupakan antara pelajar terawal terkena gangguan di sekolah tersebut berharap agar selepas ini beliau bebas daripada gangguan histeria.
“Rasa berat… tubuh sakit… rasa ringan sikit… lebih tenang,” kata Asma Raihan.
Pelajar berkenaan merupakan antara lebih 50 pelajar SMKPC 2 yang diganggu dan mengalami histeria pada 12 April lepas.
Gangguan yang dikatakan berpunca daripada lembaga hitam itu menyebabkan sekolah berkenaan terpaksa menangguhkan sesi persekolahan selama sehari pada 14 April lepas.
Pada masa ini, masih terdapat gangguan dan pelajar dikatakan masih lagi mengalami serangan histeria, namun jumlahnya tidak ramai.
Pengamal perubatan Islam dan dukun dikatakan sudah memulai sesi menghalau makhluk halus di sekolah berkenaan sejak berita mengenai serangan histeria ke atas pelajar dilaporkan media.
Muhafandi Muhamad
Thu Apr 21 2016

Baharudin (gambar) mengambil pendekatan berbeza dalam mengatasi fenomena gangguan tersebut. -Foto Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Histeria berkait rapat dengan kebersihan diri
Histeria adalah berkait rapat dengan penjagaan kebersihan diri, dan jika ia diabaikan, mahkluk halus akan mudah mendekati mangsa.

Sekolah histeria: Pengamal perubatan Islam bantu halau makhluk halus
Beberapa pengamal perubatan Islam dan dukun sudah memulai sesi menghalau makhluk halus di sekolah berkenaan.