KAJANG: Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana namun meriah dan penuh penghargaan bagi meraikan semua pelajar.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.
"Jadi, perbincangan dan konsultasi dengan PIBG sangat penting dan kena selesaikan di peringkat sekolah. Kalau ada bantahan, kena diambil pandangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu hangat yang sedang dibincang di media sosial mengenai rungutan ibu bapa berhubung majlis graduasi murid anjuran sekolah di hotel-hotel mewah, dan ada yang menganggap ia sebagai membebankan.
Pada masa sama, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka pada Selasa dilaporkan akan mengeluarkan satu surat arahan mengenai panduan bagi penganjuran majlis graduasi pelajar di peringkat sekolah, sebagai langkah bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dengan penganjuran malis itu.
Mengenai ada pandangan sesetengah pihak untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Fadhlina berkata KPM sedang mengukuhkan aspek pentaksiran serta memberi tumpuan kepada Kurikulum Persekolahan 2027.
"Kita dengar semua pandangan berkaitan dengan peperiksaan (UPSR dan PT3), haluan negara ketika ini adalah penekanan kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Bahasa Inggeris dan digital.
"Jadi kita minta semua pihak berikan sepenuh sokongan untuk mengukuhkan ekosistem kita, khususnya hala tuju yang empat ini, supaya kita dapat sama-sama memperkukuhkan lagi aspek pendidikan kita, dan yang penting juga ketika ini adalah melihat perluasan pra sekolah yang sedang kita terajui di peringkat KPM," katanya.
BACA: Majlis graduasi pelajar: JPN Negeri keluar surat arahan panduan penganjuran
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024

Fadhlina (tengah) menunjukkan hasil kaligrafi bersama pelajar pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) peringkat negeri di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, hari ini. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tiada arahan majlis konvokesyen tabika, Taska Kemas dianjur di hotel
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tidak pernah mengeluarkan arahan untuk Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengadakan majlis konvokesyen di hotel.

Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.

Majlis graduasi pelajar: Tak perlu sambutan bertaraf 5 bintang - Fadhlina Sidek
Pihak sekolah dingatkan supaya bersederhana ketika mengadakan majlis graduasi untuk pelajar.

Sekolah digalakkan anjur majlis graduasi sederhana namun meriah - Fadhlina
Bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta PIBG di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.

COVID-19: 2 kluster baharu dikesan di Tawau
Kluster-kluster tersebut dikenali sebagai Kluster Semarak dan Kluster Ranggu.

Robot wakili pelajar ambil sijil tamat persekolahan
Pasukan robotik Sekolah Tinggi Sains dan Teknologi Peringatan Senator Renato Cayetano mencadangkan pemasangan robot itu yang dapat mewakili setiap 179 pelajar untuk menamatkan pengajian di dunia maya