KOTA SAMARAHAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tidak pernah mengeluarkan arahan untuk Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengadakan majlis konvokesyen di hotel, kata Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang.
Beliau berkata pihak Kemas turut mengeluarkan garis panduan untuk majlis sedemikian diadakan secara bersederhana dan tidak membebankan ibu bapa.
"Ia bergantung kepada jawatankuasa pengurusan tabika itu...sebenarnya niat mereka baik untuk cuba memberi satu pengiktirafan dengan mengadakan konvokesyen di tempat yang cantik dan menarik tetapi perkara ini tiada garis panduan, arahan serta pekeliling yang menyatakan ia perlu diadakan di hotel.
"Kita mengambil maklum perkara ini, ia suatu perkara yang kita ambil perhatian," katanya dalam sidang media selepas perasmian Karnival Mini Usahawan Desa di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan ibu bapa di beberapa platform di media sosial yang tidak bersetuju majlis konvokesyen anak mereka diadakan di hotel atau lokasi yang memerlukan perbelanjaan besar.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kemas Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata pihaknya telah memaklumkan kepada semua pengarah negeri agar setiap tabika serta taska mengadakan mesyuarat dengan ibu bapa bagi menentukan lokasi majlis graduasi mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.
"Di peringkat jabatan kita tidak mengeluarkan peruntukan khusus. Kita juga beri arahan supaya pengarah negeri memantau dari segi perancangan program," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024

Rubiah berkata pihak Kemas turut mengeluarkan garis panduan untuk majlis sedemikian diadakan secara bersederhana dan tidak membebankan ibu bapa. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.