IPOH: Pengurusan sekolah yang berhasrat menganjurkan majlis graduasi murid di hotel perlu mengadakan perbincangan dengan pihak ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.
"Secara dasarnya, kerajaan negeri tidak menghalang cumanya apabila melibatkan kutipan bayaran ini kita kena ambil kira supaya tidak timbul rungutan serta rasa kurang senang ibu bapa kerana perlu keluarkan belanja besar.
"Itu sebab perlu perbincangan antara pihak sekolah dengan ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memastikan majlis itu bersesuaian mengikut kemampuan ibu bapa serta dipersetujui secara bersama," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Pengiraan Detik Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) Kali ke-64 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat dekat sini yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Perak Datuk Mohamad Fauzi Mahson.
Khairudin berkata pekeliling berkaitan penganjuran majlis graduasi di luar sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada Disember lepas adalah terpakai di semua sekolah.
"Selain persetujuan, jelas dinyatakan penglibatan murid adalah secara sukarela dan tiada paksaan selain penyertaan murid B40 akan menggunakan sumber kewangan PIBG atau pihak luar.
"Perak sentiasa ikut apa yang telah ditetapkan oleh KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mengedarkan surat iringan kepada semua pentadbir sekolah pada 20 Dis lepas, jadi semua kena ikut, maknanya setiap sekolah telah terima dan patut memahami prosedur berkenaan," katanya.
Terdahulu, media melaporkan rungutan ibu bapa mengenai penganjuran majlis graduasi murid oleh pihak sekolah di hotel dan restoran mewah mencecah ratusan ringgit yang dianggap membebankan mereka.
Beliau turut meminta ibu bapa agar tidak panik dengan tahap keselamatan anak-anak di sekolah susulan kes seorang pengawal keselamatan ditahan kerana mencabul murid perempuan tahun satu di Teluk Intan.
"Pihak polis telah mengambil tindakan lanjut berkenaan kes itu selain pengurusan sekolah telah meningkatkan aspek keselamatan agar kejadian sama tidak berulang.
"Keselamatan dan keselesaan murid adalah indeks prestasi utama setiap sekolah di negeri ini dan kita turut mengharapkan kerjasama ibu bapa dalam memastikan keselamatan murid di sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024

Khairudin berkata, walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada arahan majlis konvokesyen tabika, Taska Kemas dianjur di hotel
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tidak pernah mengeluarkan arahan untuk Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengadakan majlis konvokesyen di hotel.

Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.

Majlis graduasi pelajar: Tak perlu sambutan bertaraf 5 bintang - Fadhlina Sidek
Pihak sekolah dingatkan supaya bersederhana ketika mengadakan majlis graduasi untuk pelajar.

Sekolah digalakkan anjur majlis graduasi sederhana namun meriah - Fadhlina
Bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta PIBG di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.

COVID-19: 2 kluster baharu dikesan di Tawau
Kluster-kluster tersebut dikenali sebagai Kluster Semarak dan Kluster Ranggu.

Robot wakili pelajar ambil sijil tamat persekolahan
Pasukan robotik Sekolah Tinggi Sains dan Teknologi Peringatan Senator Renato Cayetano mencadangkan pemasangan robot itu yang dapat mewakili setiap 179 pelajar untuk menamatkan pengajian di dunia maya