KUCHING :Pembinaan lima sekolah antarabangsa oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah merupakan tindakan strategik bagi memacu nilai pendidikan bertaraf antarabangsa.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, agenda pendidikan sedemikian diatur demi masa depan anak Sarawak di mana pelaksanaannya akan menguna pakai silibus yang diiktiraf di peringkat global.
“Saya percaya pada sistem pendidikan sedia ada tetapi kadang-kadang ia berubah-ubah.
“Apabila terdapatnya menteri baharu dalam Kabinet, polisi akan berubah. Ini antara masalah yang kita hadapi.
“Saya tubuhkan Yayasan Sarawak untuk membina sekolah antarabangsa dan ia adalah berdasarkan kepada silibus antarabangsa yang diiktiraf dunia,” katanya.
Jelas Abang Jo lagi, peranan sekolah-sekolah tersebut amat luas dan signifikan kepada usaha Sarawak untuk melahirkan anak bangsa yang memiliki kepakaran dinamik dan diterima di pasaran luar.
“Mereka yang berbakat harus bersaing dengan individu yang berbakat. Sekiranya mereka berada dalam kelompok yang salah, makai a dapat mempengaruhi cara mereka berfikir.
“Ia secara tidak langsung menjadi sesuatu taraf yang boleh menjadi satu kebiasaan,” ujarnya.
Memberi contoh, kata Abang Jo, sekiranya mereka sudah biasa dengan sistem pendidikan universiti antarabangsa, peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terkemuka adalah tinggi.
Tambah beliau, sekolah-sekolah antarabangsa yang ditubuhkan ini akan menggunakan sukatan mata pelajaran antarabangsa seperti yang digunakan oleh Cambridge University, England.
Beliau berkata demikian menjawab kepada dakwaan Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong yang menyatakan langkah membenarkan sekolah antarabangsa milik kerajaan negeri adalah bercanggah dengan Akta Pendidikan Malaysia.
Merujuk kepada projek pembinaan lima sekolah menengah antarabangsa seliaan Yayasan Sarawak itu, Teo seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Sabtu berkata pendidikan berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan mengkehendaki Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa pengantar.
Justeru, penubuhan sekolah antarabangsa ini bercanggah dengan kehendak tersebut.
Astro Awani
Mon Sep 28 2020
Pelaksanaan sukatan mata pelajaran berlandaskan kualiti antarabangsa di sekolah-sekolah berkenaan adalah untuk memacu sektor pendidikan yang membolehkan anak-anak Sarawak cemerlang di dalam pasaran global. -Gambar Fail
Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.
Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada 2025 - Pakar
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan mampan sebanyak 5.0 peratus pada 2025 berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada 2024.
Transit Malaysia sokong cadangan Bukit Bintang jadi kawasan pejalan kaki
Pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.
RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.
Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.
"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.
Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.
Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.
COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.
JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.
COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif
Satu kes yang dilaporkan pada hari ini dicatatkan di Kota Samarahan. Kes tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.