KUALA LUMPUR :Tindakan keluar parti 200 ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) Ngemah, Sibu baru-baru ini bagaikan satu ‘tamparan’ buat parti baharu itu menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang, kata Prof Dr Awang Azman Awang Pawi.
Menurut penganalisis politik itu, ia mungkin disifatkan sebagai ‘mainan politik’ oleh sesetengah pihak menjelang PRN, namun tindakan ahli PSB untuk menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) jelas memberi mesej bahawa perlunya penelitian di peringkat akar umbi.
“Kalau kita lihat tindakan yang dilakukan ahli-ahli PSB yang menyertai PRS, saya kira itu salah satu mainan politik semasa, sama ada sebelum PRN ataupun Pilihan Raya Umum (PRU) berlaku.
“Biasanya ini adalah ciri-ciri bahawa PRN akan diadakan tidak lama lagi.
“Dalam konteks ini, apabila ramai ahli-ahli PSB yang keluar parti, ini menunjukkan terdapat cabaran besar yang perlu PSB hadapi,” katanya ketika dihubungi wartawan Astro AWANI.
BACA: Hilang keyakinan kepada pemimpin, lebih 200 ahli PSB keluar parti
Antara mesej lain ujar Awang Pawi, parti PSB yang dipimpin oleh Datuk Seri Wong Soon Koh itu membuktikan sokongan terhadap parti tersebut belum utuh dan mungkin tidak diterjemah dalam bentuk undi.
“Maknanya, jumlah sokongan yang mereka terima sebelum ini belum tentu memberikan sokongan penuh buat mereka,” tambahnya.
Perkara ini seterusnya menjurus kepada pemahaman lebih mendalam kalangan ahli, adakah terdapat masalah di peringkat akar umbi atau cabaran dihadapi ketika bernaung di bawah PSB, ujarnya.
“Ini merupakan satu permulaan dalam gerakan politik sebelum PRN dan cabaran PSB ialah untuk memberikan naratif yang betul untuk mendapatkan kembali atau meningkatkan sokongan dengan menggunakan isu-isu yang mampu menarik pengundi setempat,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian mengulas kepada tindakan 200 ahli PSB Ngemah, Sibu yang bertindak untuk menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang dipimpin oleh Presiden, Tan Sri James Jemut Masing.
BACA: Suara ahli pun tidak dilayan, bagaimana PSB mahu bantu rakyat - James Masing
Tindakan tersebut dikatakan berpunca daripada hilang keyakinan oleh ahli parti terhadap PSB yang dilihat tidak mendukung kebebasan bersuara. Ini termasuk mengkritik kelemahan parti itu sendiri.
Nickyson Nyambar
Wed Oct 21 2020
![Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603262947_AwangPawiPenganal.jpg)
Awang Azman menyifatkan sudah tiba masanya untuk Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang dipimpin Datuk Seri Wong Soon Koh mendalami 'denyut nadi' ahli partinya sendiri. -Gambar Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641612762_DrAnnuarRapaee.jpg)
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
![GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622626386_DrNoorNirwandy.jpg)
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
![PRN Sarawak: Hanya 81 kerusi diketahui, keputusan DUN Mulu ada dua peti undi terkandas PRN Sarawak: Hanya 81 kerusi diketahui, keputusan DUN Mulu ada dua peti undi terkandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639843353_engerusiSuruhanjaya.jpg)
PRN Sarawak: Hanya 81 kerusi diketahui, keputusan DUN Mulu ada dua peti undi terkandas
Ia ekoran dua peti undi tidak dapat dihantar ke pusat penjumlahan rasmi undi DUN tersebut atas faktor keselamatan.
![Ini kemenangan rakyat Sarawak, GPS komited penuhi manifesto - Abang Jo Ini kemenangan rakyat Sarawak, GPS komited penuhi manifesto - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639463632_TanSriAbangJohari.jpg)
Ini kemenangan rakyat Sarawak, GPS komited penuhi manifesto - Abang Jo
Rakyat telah memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi GPS meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang itu.
![PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639828510_DUNBalehPRNSaraw.jpg)
PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.
![PRN Sarawak: Abang Jo menang selesa di DUN Gedong PRN Sarawak: Abang Jo menang selesa di DUN Gedong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638965276_TanSriAbangJohari.jpg)
PRN Sarawak: Abang Jo menang selesa di DUN Gedong
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti 3,607 undi.
![PRN Sarawak: Julaihi Narawi tiada masalah hadiahkan kerusi pertama untuk GPS PRN Sarawak: Julaihi Narawi tiada masalah hadiahkan kerusi pertama untuk GPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605164832_JulaihiNarawi.jpg)
PRN Sarawak: Julaihi Narawi tiada masalah hadiahkan kerusi pertama untuk GPS
Naib Presiden Sayap Bumiputra PBB itu berjaya memperolehi 79.3 peratus atau 4,937 undi, dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Sebuyau.
![PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639822605_GabunganPartiSaraw.jpg)
PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal
Setakat 6 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS selesa mendahului sebahagian besar daripada keseluruhan 82 kerusi DUN.
![PRN Sarawak: Keputusan malam ini bakal tunjukkan kemampuan Abang Johari - Penganalisis PRN Sarawak: Keputusan malam ini bakal tunjukkan kemampuan Abang Johari - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639730749_AbangJohari.jpg)
PRN Sarawak: Keputusan malam ini bakal tunjukkan kemampuan Abang Johari - Penganalisis
Gelanggang buat Tan Sri Abang Johari tunjukkan bahawa beliau mampu mentadbir dan perolehi mandat Negeri Sarawak.
![Sektor pembuatan tumpuan utama Sarawak menuju negeri maju 2030 - Awang Tengah Sektor pembuatan tumpuan utama Sarawak menuju negeri maju 2030 - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639778319_AWANGTENGAHKONVENS.jpg)
Sektor pembuatan tumpuan utama Sarawak menuju negeri maju 2030 - Awang Tengah
Seiring itu pembangunan sektor-sektor lain yang menjadi nadi ekonomi Sarawak akan turut diteruskan.