Sebarang kekangan untuk penyampaian berita boleh diselesaikan dengan sikap kreatif wartawan dan penerbit oleh stesen televisyen itu sendiri.
Penulis buku 'I Hate Reading The Teleprompter', Suhaimi Sulaiman berkata, sekatan juga membuka jalan kepada wartawan atau penerbit mencari alternatif untuk menyiarkan berita berkenaan.
Katanya, apa sahaja kekangan penyiaran berita bukan satu faktor yang harus menjadi alasan ia tidak dapat disampaikan kepada penonton.
"Saya rasa kita tidak boleh salahkan kekangan untuk kita tidak menjadi kreatif. Lagi banyak kekangan, kita sepatutnya menjadi lebih kreatif, jadi itu terpulang kepada wartawan dan penerbit untuk menjadi hebat.
"Sebab dalam dunia penceritaan ini, saya percaya kepada pendekatan pemikiran lateral di mana kalau diletakkan sekatan, kita akan menjadi lebih kreatif," katanya semasa sidang media selepas majlis pelancaran buku tulisannya itu.
Buku itu merupakan catatan fasa menarik dalam perjalanan hidupnya mencipta nama sebagai seorang penyiar, penyampai berita televisyen dan perantara rancangan bicarawan terhebat negara.
Perjalanan Suhaimi dalam dunia peniyaran dan kewartawanan bermula pada tahun 1990 apabila memulakan karier sebagai wartawan dan penolong penerbit berita dan ehwal semasa sebuah syarikat televisyen selepas meninggalkan dunia perbankan.
Buku itu juga sesuai dijadikan rujukan wartawan, pelajar dalam bidang penyiaran, pensyarah kumunikasi massa, perunding jenama, eksekutif pemasaran dan pemimpin serta pemikir.
Tambahnya, buku itu turut memberi penekanan keperluan wartawan untuk mempelajari cara-cara baharu menjadi pencerita pada masa penonton kini mempunyai pelbagai platform untuk mendapatkan berita.
Buku itu bukan sahaja menceritakan perjalanan hidupnya selama 25 tahun dalam dunia penyiaran malah cerita zaman persekolahannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Portland State University di Amerika Syarikat.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 18 2016

Suhaimi melancarkan buku yang menceritakan perjalanan hidupnya selama 25 tahun dalam dunia penyiaran. - Foto Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sekatan penyampaian berita jadikan wartawan, penerbit TV lebih kreatif
Menurut personaliti dunia penyiaran, Suhaimi Sulaiman, kekangan menjadikan seseorang pemberita itu lebih kreatif dalam menyampaikannya kepada umum.

Oprah Winfrey tutup studio di Chicago, pekerja diberhentikan
Studio yang terletak di Chicago mula digunakan Winfrey untuk program bual bicara 'The Oprah Winfrey Show' pada 1990.