KAMPAR: Seekor lagi harimau belang dilihat di jalan raya semalam, kali ini di Kampung Mendok Sahom di sini, yang dikesan oleh seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang.
Muhammad Hafizzuddin Asri, 21, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 malam semasa beliau sedang menunggang motosikal, apabila secara tiba-tiba haiwan itu dilihat keluar dari kawasan semak dan melintas jalan, kira-kira dua meter di hadapannya.
"Harimau itu melintas betul-betul di depan saya, menyeberang jalan, dan terus masuk ke dalam hutan di tepi jalan yang saya lalui," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya beliau terus memecut laju untuk balik segera memberitahu penduduk kampung, dan menurutnya ketua kampungnya telah melaporkan perkara itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk tindakan lanjut.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian, dan beliau telah mengarahkan pegawainya menjalankan siasatan lanjut, di samping memasang perangkap harimau di sekitar lokasi.
Semalam, empat sahabat yang baru balik dari menghadiri kursus di Cameron Highlands terserempak dengan seekor harimau belang berkeliaran di tepi jalan raya di Jalan Gua Musang-Lojing, kira-kira pukul 3.15 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023

Seekor lagi harimau belang dilihat di jalan raya semalam, kali ini di Kampung Mendok Sahom, yang dikesan oleh seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.

Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.