Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.10 pagi.
“Sepasukan anggota dari BBP Jitra dan dibantu pasukan BBP Alor Setar tiba di lokasi tidak lama kemudian. Setiba di lokasi api sedang marak dan kerja pemadaman dilakukan dan api berjaya dikawal pada jam 5.36 pagi.
"Kebakaran itu membabitkan empat unit kedai menjual barang perkakasan di premis dua tingkat itu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohd Bustan berkata, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.