Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd boleh memohon semula sijil halal untuk premis itu setelah prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dipatuhi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berdasarkan dua perkara, iaitu penggunaan produk dalam penghasilan makanan tidak mengandungi elemen haram dan konsep 'toyyibban'.
"Sijil halal JAKIM berdiri atas 'halalan' dan 'toyyiban' mengikut GMP yang serius, termasuk menjaga kebersihan barangan semasa ia diproses sehinggalah ia menjadi makanan dan dihidang di atas meja.
"Kalau terhindar daripada barangan haram iaitu 'halalan' tetapi aspek 'toyyiban' iaitu tempat proses produk itu tidak diyakini bersih dan tidak memenuhi prosedur operasi standard (SOP) sijil halal, maka JAKIM boleh tangguh
atau menarik balik sijil tersebut. Bagi yang ditarik balik mereka boleh pohon semula," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang ingin tahu lebih lanjut mengenai penarikan sijil halal syarikat Secret Recipe di Taman Mayang, Petaling Jaya.
Jamil Khir berkata syarikat itu yang mempunyai 297 buah rangkaian kedai di seluruh negara perlu menitikberatkan soal kebersihan kerana faktor itu amat diberi perhatian oleh pengunjung luar negara yang datang ke negara ini.
Pada 7 Mei lepas, JAKIM menarik sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd kerana pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) yang serius.
Semalam, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff menjelaskan penarikan sijil itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.
Menjawab soalan asal Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Jamil Khir berkata pada masa kini sebahagian restoran dan kafe yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan KLIA2 telah memiliki sijil halal.
Beliau berkata di KLIA, sebanyak 15 daripada 62 premis makanan telah memiliki sijil halal, manakala di KLIA sebanyak 12 daripada 66 restoran dan kafe mempunyai sijil tersebut.
"Restoran dan kafe terutama restoran berangkai seperti Kenny Rogers, Kentucky Fried Chicken, Marrybrown dan Starbucks merupakan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia dan dalam hal ini pengguna diajak memainkan peranan untuk memilih tempat makan yang mempunyai sijil halal," katanya.
Berhubung cara mempamerkan sijil halal, beliau berkata setiap syarikat dan pengusaha pemegang sijil pengesahan halal Malaysia yang masih sah berhak untuk mempamerkan sijil dan logo halal pada premis dan produk mereka.
"Berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014, sijil tersebut hendaklah dipamerkan pada setiap masa di alamat yang dinyatakan pada sijil berkenaan," katanya.
Bernama
Wed May 27 2015

JAMIL KHIR: Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd boleh memohon semula sijil halal untuk premis itu setelah prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dipatuhi. -Gambar fail

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Hospital kerajaan di Selangor peroleh sijil HACCP dan GMP
HACCP dan GMP merupakan sistem jaminan keselamatan makanan yang memenuhi keperluan dan kehendak global dalam isu keselamatan makanan.

Tinjauan: Adakah pengguna faham konsep kebersihan GMP?
Semua jenis pengusaha premis makanan boleh memohon untuk mendapatkan sijil Amalan Pengilangan Yang Baik atau GMP.

Secret Recipe boleh pohon semula sijil halal selepas patuhi GMP - Jamil Khir
Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd boleh memohon semula sijil halal setelah prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dipatuhi.

Jakim tarik balik sijil halal Secret Recipe
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik kembali sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan.