KUALA LUMPUR: Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) kini merupakan matlamat semua organisasi merentas industri dan menjadi asas bagi menjamin pertumbuhan ekonomi serta perniagaan di masa depan, sambil melindungi alam sekitar.
Namun, Pengerusi Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP), Tunku Alizakri Alias berpendapat, transformasi ke arah itu bukan mudah kerana masih banyak isu asas yang perlu diperbaiki dan ditambah baik bagi memastikan Malaysia bersedia untuk bergerak ke hadapan.
"Terdapat perkara yang lebih mendesak untuk kita pada masa ini. Tak perlu bercakap tentang teknologi dan pendigitalan, kita boleh lihat dunia seperti bergerak lebih pantas, tetapi malangnya, kita tidak bergerak sepantas yang sepatutnya.
"Anda boleh melihat asas infrastruktur negara, dan anda harus memastikan bahawa kita selaras dengan apa yang diperlukan dunia.
"Tempat tinggal dan perumahan, majoriti penduduk kita tidak mampu membeli apa yang kita panggil rumah mampu milik.
"Pendapatan, banyak data menunjukkan bahawa graduan baharu berpendapatan enam peratus kurang daripada apa yang sepatutnya mereka perolehi, jika dibanding dengan kadar 20, 30 tahun lalu.
"Jadi kita nampak, isu asas di Malaysia pun masih belum ditangani," katanya ketika bercakap dalam sesi ASEAN Speaks: Making Sustainability - First A Business Agenda, pada Jumaat.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu juga menambah, visi sememangnya perkara penting, namun, apa yang lebih penting ialah memastikan visi itu relevan kepada pemegang kepentingan dan bukan hanya untuk mendapat penghormatan atau pujian.
"Cabarannya bukan hanya mengatakan kita akan berubah demi transformasi, kerana anda tidak boleh melakukannya sendirian. Anda perlu pastikan semua orang turut serta bersama, terutama dalam kalangan ahli lembaga pengarah.
"Mereka mempunyai kepercayaan yang besar terhadap anda dan kredibiliti anda untuk mewujudkannya dan mereka akan menghasilkan masa depan yang anda mahu. Itu hanya boleh terjadi dengan semangat bersatu hati orang di sekeliling anda.
"Kepercayaan diberi kepada pengurusan tertinggi, kerana kakitangan kita sangat patuh. Kadang-kadang apabila anda membuat perancangan, mereka akan berkata, okey, kami akan lakukan, kami tidak begitu faham mengapa anda mahu melakukannya, tetapi kami akan lakukan.
"Tetapi bagi saya, itu tidak mampan kerana anda perlu memastikan bahawa setiap orang merasakan diri mereka penting dan ada nilai," jelasnya.
Madiha Abdullah
Sat Jan 29 2022
Tunku Alizakri berpendapat, masih banyak isu asas yang perlu diperbaiki dan ditambah baik bagi memastikan Malaysia bersedia untuk bergerak ke hadapan.
JPS bina tiga DSK di Melaka libatkan peruntukan RM1.5 juta
Pembinaan DSK itu bertujuan untuk memelihara dan memulihara sungai, selain mengatasi masalah banjir.
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Tumpuan Isnin – 6 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (05 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SDG: Tumpu, tangani isu dalam sistem asas - Tunku Alizakri
Masih banyak isu asas yang perlu diperbaiki dan ditambah baik bagi memastikan Malaysia bersedia untuk bergerak ke hadapan.
MAVCAP lantik Alizakri sebagai pengerusi
Alizakri mempunyai pengalaman 20 tahun di peringkat pengurusan tertinggi dan lembaga pengarah termasuk dalam bidang pengurusan dana, sektor kewangan, perbankan pusat dan sekuriti sosial.
'Hanya tinggalkan RM100' - 30 peratus ahli KWSP keluarkan hampir semua simpanan Akaun 1
Hampir 30 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik COVID-19
KWSP dapat CEO baharu, Amir Hamzah ganti Tunku Alizakri
Amir yang sebelum ini merupakan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang telah menerajui KWSP semenjak 20 Ogos 2018.
Perincian lebih lanjut mengenai kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar diumumkan pada 11 Nov
Kemudahan pengeluaran tambahan ini adalah sangat khusus dan disasarkan kepada ahli yang benar-benar memerlukan bantuan wang tunai.
Para pencarum diharap bersabar, tunggu pengumuman Belanjawan 2021 - KWSP
Sejak April lalu, dianggarkan lebih RM11 bilion sudah dikeluarkan oleh seramai 4.7 ahli KWSP menerusi i-Lestari.
COVID-19: KWSP sedia bantu pencarum rancang kewangan mereka
Menurut KWSP, terdapat juga langkah-langkah bantuan lain seperti membenarkan akses ke Akaun 2 KWSP melalui i-Lestari,
Bayaran pengeluaran i-Lestari mulai esok - KWSP
Ahli-ahli akan dimaklumkan menerusi kemudahan i-Lestari Online sejurus selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank mereka.
KWSP mula terima permohonan i-Lestari maksimum RM500 sebulan
Ahli KWSP dinasihatkan supaya mempertimbangkan dengan baik mengenai jumlah yang diperlukan sebelum membuat permohonan itu memandangkan ia akan melibatkan jumlah selama 12 bulan.
KWSP harapkan penyelesaian wajar babitkan PLUS
KWSP akan membincangkan perkara itu dengan kerajaan dan Khazanah Nasional Bhd secepat mungkin bagi memastikan kepentingan ahlinya dilindungi.