Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mula memohon pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 mereka pada Rabu dengan jumlah tidak melebihi RM500 sebulan, Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias.
Beliau juga menasihatkan ahli KWSP supaya mempertimbangkan dengan baik mengenai jumlah yang diperlukan sebelum membuat permohonan itu memandangkan ia akan melibatkan jumlah selama 12 bulan.
Menerusi rancangan berita di saluran televisyen Bernama 502, beliau berkata ahli boleh memilih untuk mengeluarkan mana-mana jumlah, seperti RM100 atau minimum RM50, dengan jumlah maksimum RM500 sebulan.
Pada hari pertama skim i-Lestari dibuka, KWSP menerima sebanyak 100,011 permohonan pengeluaran i-Lestari, katanya.
Alizakri berkata bagi yang tidak dapat mengakses laman web KWSP buat masa ini, mereka tidak perlu bimbang kerana tempoh permohonan adalah panjang.
Ahli KWSP tidak perlu berpusu-pusu untuk ke cawangan KWSP dan mereka digalakkan membuat permohonan secara dalam talian atau menerusi aplikasi i-Akaun atau e-mel.
"Kita mahu menjaga keselamatan dan kesihatan ahli-ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak berlakunya penularan pandemik COVID-19.
KWSP juga telah mempertingkat kebolehcapaian sistemnya sebanyak empat kali ganda, namun itu juga masih tidak mencukupi susulan aliran trafik yang amat tinggi kepada sistem KWSP bagi tujuan permohonan pengeluaran i-Lestari, katanya.
"Kita perlu pastikan segala butiran adalah tepat dan selamat. Ini adalah simpanan ahli-ahli kita. Jadi kita tak mahu sewenang-wenang dengan permohonan ini.
"Kita hendak buat dengan betul dan tepat. Jadi saya sarankan kepada ahli-ahli supaya bersabar. Jangan bimbang, jangan terburu-buru, KWSP ada," katanya
Berdasarkan soalan lazim i-Lestari di laman web KWSP, ahli boleh menghantar borang permohonan pengeluaran i-Lestari mulai 1 April, 2020 hingga 31 Mac, 2021 dengan permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac, 2021.
Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuat kuasa pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac, 2021, menurut KWSP.
Dana persaraan itu turut memberi contoh situasi, jIka permohonan yang diluluskan diterima pada April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah maksimum selama 12 bulan namun sekiranya yang diluluskan diterima pada September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran hanya tujuh bulan.
Mengikut soalan lazim itu juga, ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 01 2020
![KWSP mula terima permohonan i-Lestari maksimum RM500 sebulan KWSP mula terima permohonan i-Lestari maksimum RM500 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41577019279_KWSP.jpg)
Pada hari pertama skim i-Lestari dibuka, KWSP menerima sebanyak 100,011 permohonan pengeluaran i-Lestari. - Gambar fail
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![KWSP umum benarkan ahli guna Akaun 2 beli insurans untuk ahli keluarga KWSP umum benarkan ahli guna Akaun 2 beli insurans untuk ahli keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707109587_KWSPLogo.jpg)
KWSP umum benarkan ahli guna Akaun 2 beli insurans untuk ahli keluarga
KWSP mengumumkan membenarkan ahli menggunakan dana dalam Akaun 2 mereka untuk membeli produk insurans hayat dan penyakit kritikal serta takaful untuk ahli keluarga terdekat.
![Pengeluaran akaun 1 KWSP terpaksa dibenarkan demi rakyat yang kesusahan - PM Pengeluaran akaun 1 KWSP terpaksa dibenarkan demi rakyat yang kesusahan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51604762147_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
Pengeluaran akaun 1 KWSP terpaksa dibenarkan demi rakyat yang kesusahan - PM
Kerajaan akhirnya mengalah kerana sedar permintaan itu datangnya daripada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
![KWSP mula terima permohonan i-Lestari maksimum RM500 sebulan KWSP mula terima permohonan i-Lestari maksimum RM500 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41577019279_KWSP.jpg)
KWSP mula terima permohonan i-Lestari maksimum RM500 sebulan
Ahli KWSP dinasihatkan supaya mempertimbangkan dengan baik mengenai jumlah yang diperlukan sebelum membuat permohonan itu memandangkan ia akan melibatkan jumlah selama 12 bulan.
![KWSP yakin ekonomi Malaysia stabil dengan kerajaan baharu KWSP yakin ekonomi Malaysia stabil dengan kerajaan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41494581843_KWSPLogo.jpg)
KWSP yakin ekonomi Malaysia stabil dengan kerajaan baharu
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal optimistik mengenai ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang susulan penubuhan Kerajaan baharu pasca PRU14.
![KWSP umum perubahan kepada polisi pengeluaran wang pencarum KWSP umum perubahan kepada polisi pengeluaran wang pencarum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466430114_kwsp.jpg)
KWSP umum perubahan kepada polisi pengeluaran wang pencarum
KWSP mengumumkan empat penambahbaikan ke atas skim dan polisi KWSP yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018