Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menegaskan beliau tidak pernah mengkhianati perjuangan rakyat Sabah walaupun partinya telah memberikan sokongan terhadap penubuhan Perikatan Nasional (PN) melalui kerjasama gabungan parti-parti politik.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berkata perjuangan untuk mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa diperjuangkan tidak kira di mana beliau berada.
"Tuduhan (oleh pihak tertentu) saya mengkhianati perjuangan rakyat Sabah tidak betul. Perjuangan itu (kembalikan hak-hak Sabah) saya angkat dan bawa di mana-mana saya pergi. Oleh sebab itu sebagai bukti bila kami menubuhkan kerajaan PN ...PN telah bersetuju untuk menubuhkan satu kementerian baharu iaitu Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.
"Kementerian baharu itu kami fikir lebih sesuai untuk memastikan hak-hak Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan daripada kabinet komiti ...sebab kabinet komiti hanya melakukan perbincangan dan tiada kesudahannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sabah, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Jeffrey berkata penubuhan Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak akan memastikan pelaksanaan hak Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
"Saya juga telah mencadangkan agar isu-isu Sabah dan Sarawak dimasukkan dalam piagam PN dan ia telah dipersetujui ...oleh itu jangan risau, saya sentiasa dengan perjuangan saya untuk Sabah dan Sarawak. Sebagai pemimpin itulah yang perlu kita lakukan," tegasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai lawatan kerjanya, Jeffrey berkata ia bertujuan untuk mendengar taklimat mengenai kementerian itu di Sabah agar perancangan di peringkat pusat dan negeri dapat diselaraskan khususnya mengenai industri pelancongan di negeri ini.
"Sektor pelancongan pada masa kini terjejas teruk akibat COVID-19...bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh Malaysia dan kita tidak dapat jangkakan bila masalah ini akan pulih. Oleh itu kita perlu fikirkan beberapa cara agar industri pelancongan di negeri ini tidak 'mati'.
"Oleh itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kita mungkin boleh membuka beberapa industri pelancongan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia. Contohnya 'jungle trekking' dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilaksanakan," katanya.
Bernama
Wed May 27 2020
Jeffrey berkata penubuhan Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak akan memastikan pelaksanaan hak Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dilaksanakan secepat mungkin. - Gambar fail
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.