Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan ancaman yang diterimanya berikutan ketegasan beliau dalam memerangi jenayah, khususnya membabitkan penyeludupan migran di negeri ini, adalah satu lumrah sebagai pegawai polis.
Beliau juga menegaskan tidak gentar mahupun tunduk kepada ancaman tersebut sebaliknya akan terus komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan negara.
"Setakat ini memang ada usaha untuk mengambil tindakan (ancaman) ke atas saya. Itu satu lumrah, yang penting kita berhati-hati dalam ambil tindakan dan berjaga- jaga. Yang selebihnya kita serah kepada Allah.
"Selagi kita ikhlas, kita jangan takut. Kalau takut, jangan jadi pegawai polis.
"Jadi guru, jadi wartawan pun ada terima ancaman kan? Kadang-kadang itu biasa, jadi tuan-tuan jangan bimbang, jangan takut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Ayob Khan berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar kononnya ada tekong dari negara jiran "memetik" nama beliau kepada sindiket penyeludupan migran kerana marah operasi mereka sering digagalkan pihak berkuasa.
Mengikut rekod, setakat ini lebih 20 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa telah ditahan kerana dipercayai terbabit dalam penyeludupan migran di Johor khususnya di kawasan pantai timur.
Dalam perkembangan lain, Ayob Khan memberitahu perintah reman terhadap lapan lelaki termasuk seorang pegawai dan tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan Jumaat lalu kerana mencuri lembu, disambung tiga hari lagi setelah reman sebelumnya berakhir semalam.
"Reman disambung tiga hari lagi semalam. Kita akan serahkan kertas siasatan (kepada Timbalan Pendakwa Raya) untuk mereka dituduh kalau ada bukti kuat dan sebagainya," katanya.
Kesemua suspek yang berusia 27 hingga 48 tahun itu sebelum ini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 29 2020
![Saya tidak gentar dengan ancaman - Ayob Khan Saya tidak gentar dengan ancaman - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51593419853_KetuaPolisJohorDa.jpg)
Ayob Khan tegaskan, beliau tidak gentar mahupun tunduk kepada ancaman tersebut sebaliknya akan terus komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan negara. - Gambar BERNAMA
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703827108_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.
!['Jika tidak betul, sila siasat saya dan keluarga'- Ayob Khan 'Jika tidak betul, sila siasat saya dan keluarga'- Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701929006_AyobKhan.jpg)
'Jika tidak betul, sila siasat saya dan keluarga'- Ayob Khan
Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sedar amanah dan tanggungjawab yang dipikul olehnya bagi melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
![Lebih 15,000 ditahan atas pelbagai jenayah komersial tahun ini - Ayob Khan Lebih 15,000 ditahan atas pelbagai jenayah komersial tahun ini - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695627424_AyobKhanMydinPitc.jpg)
Lebih 15,000 ditahan atas pelbagai jenayah komersial tahun ini - Ayob Khan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 15,786 individu di atas pelbagai kesalahan jenayah komersial bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini.
![Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687319137_TBAyobKhanMydin.jpg)
Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai 23 Jun 2023.
![Judi: OCPD, ketua balai gagal penuhi aku janji berdepan tindakan tegas - CPO Selangor Judi: OCPD, ketua balai gagal penuhi aku janji berdepan tindakan tegas - CPO Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684311714_TBJenayah.jpg)
Judi: OCPD, ketua balai gagal penuhi aku janji berdepan tindakan tegas - CPO Selangor
Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai di Selangor yang tidak memenuhi aku janji bagi memastikan kawasan mereka bebas daripada aktiviti judi haram akan dikenakan tindakan tegas.
![Ayob Khan dedah ada OCPD tak puas hati Bukit Aman serbu premis judi 'online' Ayob Khan dedah ada OCPD tak puas hati Bukit Aman serbu premis judi 'online'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684125919_TBAyobKhanMydin.jpg)
Ayob Khan dedah ada OCPD tak puas hati Bukit Aman serbu premis judi 'online'
Ketua polis daerah di seluruh negara diingatkan jangan jadikan 'Surat Aku Janji' tiada sebarang aktiviti judi di daerah pentadbiran masing-masing sebagai 'kertas tisu'.
![PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61680106431_TikTokAyobKhan.jpg)
PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.
![PRN Johor: Mestilah saya rindu, takkan tak rindu Johor - Ayob Khan PRN Johor: Mestilah saya rindu, takkan tak rindu Johor - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646720972_TBAYOB.jpg)
PRN Johor: "Mestilah saya rindu, takkan tak rindu Johor" - Ayob Khan
Bekas Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini kembali ke Ibu Pejabat Kontinjen Johor, pejabat yang beliau terajui selama 22 bulan, bermula 24 Februari, 2020.
![Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640708719_LongTigerbuatha.jpg)
Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.
![Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638158170_AyobKhanterimage.jpg)
Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor
Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene.