MUAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sama sekali tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam dipertikai.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata justeru, pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang tidak perlu membangkitkan isu terbabit untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
"Siapa yang boleh pertikai kepimpinan Melayu, kuasa Melayu, Islam agama persekutuan, Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu, tidak ada.
"Kawan-Kawan kita dalam DAP, MIC, MCA bahkan PKR yang bukan Melayu tidak pernah pertikai itu dan saya tidak mahu jadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI Pilihan Raya Kecil (PRK) N13 Simpang Jeram di Sungai Abong di sini malam ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching serta calon PH bagi kerusi itu, Nazri Abdul Rahman.
Perdana Menteri berkata orang Melayu sendiri sudah terbiasa dengan janji dan slogan yang kononnya menekankan 'Islam dan Melayu' namun parti pembangkang, ketika menjadi pemerintah sebelum ini, tidak melakukan sebarang perubahan.
"Adakah Islam ditegakkan dengan lebih baik, adakah rasuah berkurangan, adakah amalan sakau harta rakyat berkurangan, tidak ada, yang banyak hanya slogan," katanya sambil menambah keadaan amat berbeza di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan ketika ini yang akan mempertahan dan membela nasib rakyat pelbagai kaum di Malaysia selama mana ia memerintah.
Anwar berkata beliau tidak kisah dicerca serta dimaki namun azam dan hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dengan ekonomi hebat di rantau ini tidak pernah terpadam.
"Makilah sebanyak manapun, cerca dan hina sebanyak manapun, 25 tahun dihina saya tidak kisah, saya nak guna kuasa ini untuk tolong negara dan rakyat," katanya.
Beliau turut meminta penduduk Simpang Jeram memberi sokongan padu kepada Nazri untuk menjadi wakil rakyat bagi menguatkan lagi kerajaan negeri sekali gus membantu mempermudah usaha memacu pembangunan di kawasan itu.
"Pastikan Nazri menang selesa. Angkat Nazri biar dia kerja, biar kita pantau, biar dia pastikan Johor dan Kerajaan Persekutuan bantu orang di Simpang Jeram," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023
![Saya tak mahu jadi PM jika prinsip dalam Perlembagaan dipertikai - Anwar Saya tak mahu jadi PM jika prinsip dalam Perlembagaan dipertikai - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691479063_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar berkata justeru, pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang tidak perlu membangkitkan isu terbabit untuk menakut-nakutkan orang Melayu. - Gambar fail/Bernama
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
!['Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon 'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720087002_sadiqjamil.jpg)
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
![Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
ZUS Coffee kerjasama dengan pelari menara nombor satu dunia
ZUS Coffee menyifatkan pencapaian luar biasa yang diraih Wai Ching benar-benar mencerminkan semangat ‘Anak Malaysia’ yang mahu diangkat oleh syarikat tersebut.
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
KPM berharap daurah ini akan dapat menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islam yang berupaya mengangkat martabat insan dengan berpandukan kandungan Hadis 40 Imam Nawawi.
![Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
![LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581557133_IIUM.jpg)
LKAN: Pendaftaran pelajar tempatan, luar negara di UIAM berkurang berbanding penawaran
Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus.
![Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718882192_SITINURHIDAYAHSHA.jpg)
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
![Kerajaan salur RM1 juta kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Kerajaan salur RM1 juta kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696837679_TBzahidhamidi.jpg)
Kerajaan salur RM1 juta kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin
Kerajaan akan menyalurkan RM1 juta dana serta-merta kepada tabung AAKRP yang dikendalikan Kementerian Luar, susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.
![Kontinjen Malaysia bangkit dengan pencapaian memberangsangkan di Hangzhou Kontinjen Malaysia bangkit dengan pencapaian memberangsangkan di Hangzhou](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696484462_SukanAsiaHangzhou.jpg)
Kontinjen Malaysia bangkit dengan pencapaian memberangsangkan di Hangzhou
Kerja keras secara senyap-senyap menyaksikan kontinjen negara bangkit memahat pencapaian yang boleh dibanggakan pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.
![Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694601793_ChongKimFatt.jpg)
Wushu berpotensi sumbang pingat pertama di Hangzhou 2022 - Kim Fatt
Kem wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
![Saya tak mahu jadi PM jika prinsip dalam Perlembagaan dipertikai - Anwar Saya tak mahu jadi PM jika prinsip dalam Perlembagaan dipertikai - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691479063_AnwarIbrahim.jpg)
"Saya tak mahu jadi PM jika prinsip dalam Perlembagaan dipertikai" - Anwar
Anwar berkata beliau sama sekali tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikai.
![Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582541448_TBTUNM.jpg)
Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti
Tanpa sebarang petunjuk nyata mengenai hala tuju pengaturan landskap politik negara, tindakan dan langkah negarawan berusia 94 tahun itu pastinya menjadi perhatian pelbagai pihak.
![PKR terus beri sokongan padu kepada kepimpinan Tun Mahathir - Anwar PKR terus beri sokongan padu kepada kepimpinan Tun Mahathir - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51555248140_Anwar.jpg)
PKR terus beri sokongan padu kepada kepimpinan Tun Mahathir - Anwar
Anwar berkata negara memerlukan parti komponen yang kuat dalam PH dan persefahaman di kalangan anggota parti adalah penting.
![Momentum, sokongan padu rakyat bekalan BN Semporna - Ramlee Marahaban Momentum, sokongan padu rakyat bekalan BN Semporna - Ramlee Marahaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61524835020_BarisanNasional.jpg)
Momentum, sokongan padu rakyat bekalan BN Semporna - Ramlee Marahaban
Momentum dan sokongan padu rakyat Semporna akan menjadi bekalan mencukupi untuk Barisan Nasional (BN) bahagian itu berdepan pembangkang terutama Parti Warisan Sabah (Warisan) pada PRU14.